Followers

Thursday, December 30, 2010

Lelaki Paling Gemuk Di Dunia

Manuel "Xavier" Uribe  dilahirkan pada 11 Jun 1965 (46 tahun) dan berasal dari Mexico telah dinobatkan sebagai lelaki paling gemuk di dunia. Satu documentary televisyen juga dibuat terhadap hidupnya yang terlantar di atas katil serta usahanya untuk menguruskan badan.Semasa beratnya mencecah sekitar 597 kg (1,320 lb) pada tahun 2001, dia hanya terlantar di katil. Dia kehilangan 1/3 daripada berat badannya iaitu 400lbs setelah mendapat nasihat daripada pakar nutrisi dan para doktor serta mengikuti program Zone Diet. Dia telah menarik perhatian dunia apabila muncul di televisyen “Televisa” pada 2006 tetapi menolak tawaran membuat pembedahan bypass gastric di Italy.
Pada tahun berikutnya iaitu 2007, Uribe telah mensasarkan penurunan berat badan sehingga 120 kg (260 lb). Pada 26 Oktober 2008, Uribe telah berjaya mengurangkan berat badannya sehingga 360 kg (790 lb). Usahanya untuk menurunkan berat badannya berbaloi. Pada pertengahan 2009, beliau telah disalah laporkan sebagai meninggal dunia. Uribe juga dalam usaha untuk menurunkan berat badannya sehingga 225 kg (500lb).

Manuel Uribe sekarang menetap di San Nicolas de los Garza, Nuevo Leon. Menurutnya semasa dia membesar, die mengalami sedikit masalah berat badan tetapi tidaklah seserius mana. Tetapi masalah berat badannya bermula semasa umurnya di awal 20-an. Setelah berkahwin pada 1987, dia telah berpindah ke Amerika untuk bekerja. Mereka tinggal di Dallas dan bekerja sebagai pemasang taipwriter. Pekerjaan sebegitu memerlukannya duduk sepenjang hari di meja. Dia mendakwa “ Kehidupan di Amerika memang begitu. Kita hanya bergerak dari meja tempat kerja ke kereta. Saya memandu pergi balik ke tempat kerja, jadi saya tidak dapat bersenam”.Uribe kemudiannya berpisah dengan isteri pertamanya.


Pada 2008, Uride telah mengahwini isteri keduanya Claudia dari atas katil yang tidak penah ditinggalkannya selama 6 tahun.  “Saya boleh membuktikan yang kita boleh menjumpai cintai dalam apa-apa keadaan sekali pun. Semua ini soal kepercayaan. Saya mempunyai isteri dan ingin memulakan sebuah keluarga dan hidup bahagia,” ujar Uribe.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...