Followers

Tuesday, December 28, 2010

Fakta Tentang Jin (Akhir..)


Salam...

Posting ini adalah lanjutan daripada posting part 4 berkenaan dengan 'Fakta Tentang Jin'. Dua hari saya releks..rasanya macam banyak perkara nak di urus n takder kesempatan nak memblog,hehe..harini,lepas basuh kain, rasa lak nak memblog..so, terus on pc..

Ok, sambungan dari posting yang lalu..

Diriwayatkan pula Ibnu Mas'ud bercerita: ' aku mendengar suara hiruk -pikuk yang ramai sekali, Rasullah kemudian menerangkan bahawa jin-jin itu saling tuduh menuduh tentang salah satu di antara mereka yang mati terbunuh...mereka mengadukan perkara itu kepada ku (nabi saw) lalu aku menyelesaikan perkara itu dengan benar dan adil'..


Kekuasaan Nabi Sulaiman Atas Jin...

Para pembaca yang dihormati, Allah swt telah memberi Nabi Sulaiman doa yang dikabulkan olehnya, iaitu:

'Ya tuhanku, ampunilah aku dan berilah aku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang pun sesudahku, sesungguhnya engkau maha pemberi'
(Sad: 35)


Permohonan ini diperkenankan oleh Allah, seperti diterangkan:

'maka kami tundukkan angin baginya yang berhembus dengan lembut menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan kami tundukkan pula syaitan-syaitan semuanya ahli-ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan-syaitan lain yang terikat dengan belenggu..inilah anugerah kami maka berikanlah kepada orang lain atau tahanlah untuk tidak memberi tuntutan atau pertanggunganjawab. Dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat pada sisi kami serta tempat kembali yang baik'

(Sad: 36 - 39)

Allah telah menundukkan bagi Nabi Sulaiman a.s angin yang lembut, yang dimaksudkan adalah angin yang dapat diperintahkan untuk mengangkat hamparan ( permaidani) yang dinaikinya ke mana saja beliau mahu...

Seperti dinyatakan oleh Ibnu Abbas ra: ' angin telah tunduk kepada Nabi Sulaiman as seperti diterangkan di dalam surah
Saba:

'dan kami tundukkan angin bagi Nabi Sulaiman yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalannya di waktu petang sama degan perjalanan sebulan"                    (
Saba: 12)

Ayat diatas bermaksud :

' dan kami tundukkan baginya syaitan-syaitan semuanya ahli-ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan-syaitan lain semuanya terikat dengan belenggu'

- syaitan yang dimaksudkan di sini adalah jin..

Mereka terbahagi kepada dua golongan, segolongan patuh dan taat kepada segala perintah Nabi Sulaiman untuk mengerjakan berbagai tugas. Golongan yang satu lagi, menentang Nabi Sulaiman. Walau bagaimanapun, Allah swt telah menundukkan mereka bagi Nabi Sulaiman, sehingga mereka dapat diikat dengan belenggu. 

Golongan pertama mengerjakan segala bangunan yang dikehendaki, seperti dijelaskan di dalam ayat berikut:

' para jin membuat baginya apa saja yang dikehendaki berupa gedung-gedung yang tinggi, patung-patung, baki baki yang besar seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungkunya, beramallah hai keluarga Daud untuk bersyukur..
(kepada Allah swt dan sedikit sekali dari hamba-hamba kami yang pandai bersyukur)'                                  
(
Saba: 13)

'adalah bentuk jamak dari kata' iaitu gedung atau istana, seperti dijelaskan Athiyah' adalah bentuk jama dari kata' iaitu patung, yang dimaksudkan adalah patung para malaikat..para nabi dan orang orang soleh yang dikirimkan di tempat tempat peribadatan, diperbuat dari tembaga kuningan, kristal serta batu pualam, dengan maksud agar supaya amal perbuatan mereka dapat dicontohi orang..

membuat gambar, lukisan dan patung merupakan perkara yang dibolehkan di dalam agama mereka, seperti dinyatakan oleh ADhdhahak dan Abul Aliyah...

Al_Alusi menerangkan: 'adapun mereka yang meriwayatkan bahawa jin telah membuat untuk Nabi Sulaiman as patung singa di bawah singgasana Nabi Sulaiman dan dua ekor burung garuda di atasnya, di mana apabila Nabi Sulaiman hendak duduk maka kedua singa itu merentangkan kedua kakinya dan setelah duduk kedua garuda itu mengembangkan sayap untuk menaungi baginda, yang demikian bukanlah merupakan sesuatu yang mustahil...

Orang dahulu percaya bahawa jin mengetahui yang ghaib...

Untuk membuktikan bahawa jin tidak mengetahui perkara perkara yang ghaib...maka perkara itu dibuktikan dengan peristiwa wafatnya Nabi Sulaiman a.s yang riwayatnya adalah seperti berikut:

Nabi Sulaiman mempunyai kebiasaan berittikaf (beribadah) di masjid ' Bait Almaqis' untuk berapa waktu lamanya, ketika ajal baginda datang, Allah swt mencabut nyawanya ketika baginda sedang beribadah dan bersandar pada tongkat yang dipegangnya.., apabila sedang beribadah, para jin biasa mengelilinginya tanpa berani menatap atau memperhatikannya.

Ketika salah satu di antara jin itu menghampirinya, ia tidak mendengar suara Nabi Sulaiman, diperhatikannya lagi dan ternyata tidak terdengar juga suaranya, jin itu memperhatikan lagi dan ketika itu Nabi Sulaiman terjatuh ke tanah sedangkan tongkatnya telah dimakan anai anai
( untuk menunjukkan bahawa baginda telah lama wafat).

sehingga seolah anai anai itulah yang telah memberitahukan berita kemangkatan (wafatnya). Jin tidak akan mengetahui hal itu jika sekiranya tongkat baginda tidak dimakan anai anai.

Mereka ingin mengetahui berapa lama sudah Nabi Sulaiman wafat, mereka biarkan anai anai makan sebilah tongkat dan ternyata dalam waktu sehari semalam anai-anai itu dapat menghabiskan sebagian tongkat itu. 

Dengan demikian, mereka memperkirakan baginda telah wafat dalam waktu yang sama, sedangkan sebenarnya baginda telah wafat lebih setahun lamanya. 

Dalam jangka waktu itu para jin berkerja keras melaksanakan perintah Nabi Sulaiman dengan demikian nyatalah para jin itu tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib..

mereka tidak akan terus menerus berkerja keras dan berada selama itu dalam seksa yang menyakitkan hati...(menjadi hamba Nabi Sulaiman dalam keadaan terpaksa)

Tentang jin...

melihat jin dalam bentuk asalnya, dan bahawa yang demkian adalah merupakan rahmat Allah bagi hambanya. 

Jin kadang kadang dapat di lihat manusia tetapi tidak dalam bentuk asalnya.. melihat jin dalam bentuknya yang asli hanyalah merupakan hal yang khusus bagi para Nabi sahaja..

Jin juga mempunyai kemampuan melakukan pekerjaan pekerjaan berat. Contohnya seperti Jin Afrit yang pernah menawarkan kepada Nabi Sulaiman as untuk memindahkan singgasana Ratu Balqis dari negeri Saba' di Yaman ke negeri Syam sebelum baginda berdiri meninggalkan tempat duduknya, iaitu majlis di mana baginda mengadili berbagai perkara yang timbul di kalangan rakyatnya.

Adapun para Nabi, mereka dikurniakan Allah kemampuan untuk melihat jin dalam bentuk asli asalnya. Kesempurnaan rohani para Nabi membuat mereka mampu dan tahan melihat dan berhadapan dengan jin dalam bentuk asalnya seperti yang diciptakan Allah swt...

Adapun melihat jin setelah berubah dalam bentuk lain, maka yang 
demikian adalah mungkin dan tidak merupakan sesuatu yang mustahil, bahkan selalu terjadi...

Atstsa'labi meriwayatkan dari Tsabit bin Quthbah..katanya:

"kami sedang dalam perjalanan ketika kaami melihat seekor ular (yang telah mati) itu, lalu menguburkannya, tidak lama kemudian datang rombongan bertanya kepada kami:" apakah ada di antara kamu orang yang telah menguburkan amar? kami kembali bertanya;
"siapakah Amar itu?" " Amarlah yang kamu kubur di tempat itu,katanya: ketahuilah, dia adalah salah satu di antara serombongan jin yang pernah mendengar bacaan Al_Quran dari Nabi saw ketika perang terjadi di antara dua golongan jin yang islam dan yang kafir, 
maka dia telah gugur di dalam petempuran itu"

maksudnya jin boleh berubah bentuk kepada lain, menyerupai ular...dsbnya...


Dimanakah jin (syaitan) berada..?

Syaitan ataupun jin mempunyai gelombang dalam julat frekuensi Ultrasonik, terletak di atas paras melebihi 20KHz yang besar. ini biasanya dihasilkan oleh geseran hablur hablur seperti hablur kuartza.

Freekuensi bunyi hantu (istilah utk syaitan/jin) ini juga mempunyai persamaan seperti frekuensi bunyi yang dikeluarkan oleh kelawar.(sebab itulah jin suka makan najis kelawar).

Atas rasional ini adalah agak
malang bagi penggemar batu permata yang menyimpan batu permata berkualiti rendah dengan struktur atau susunan atomnya yang tidak kukuh atau tidak stabil sebagai tempat pelindung yang digemari semua unsur yang mempunyai tekanan rendah.

Frekuensi yang rendah ini pula hanya disukai oleh golongan jin.

Pengamal perubatan tradisional misalnya, gemar menyimpan batu permata berwarna merah, hitam dan kuning untuk tujuan memerangkap tenaga asing.

Orang barat mempercayai hantu yang digambarkan sebagai 'drakula' dalam lakonan cerita seram yang mempunyai kaitan dengan frekuensi cahaya bulan penuh yang sedang menurun mengikut kalender islam yang jatuh pada 16hb dan 17hb setiap bulan. 

Berlian yang keras struktur atom berbentuk segitiga atau piramid pula mempunyai tenaga eletrik yang lebih berkuasa dan mampu memberi berbagai bagai kelebihan, malah dapat menjadi benteng atau perisai kepada sipemakainya (dengan izin Allah). Ini kerana berlian menerima spektrum tenaga cahaya matahari (tujuh warna).

Mereka yang memakai berlian asli sebagai barang hiasan akan mempunyai perasaan harmoni kerana spektrum warna matahari sama dengan yang ada dalam tubuh manusia (mengikut kajian sains). 
Fungsi berlian banyak digunakan terutamanya dalam tujuan membersihkan persekitaran dan dalam tubuh yang mengalami pencemaran radiasi.

Ok, bila dah baca artikel nie,kumpul2 la duit,pakat2 kita beli berlian asli,ye tak..”kerana dirimu begitu beharga..”hehe

Mengenai jin /syaitan
( atau nama biasa yang disebut oleh orang kita...HANTU)..

Hantu atau unsur tenaga yang lemah sebenarnya mencari kawasan udara yang berketumpatan rendah atau terlalu tinggi yang menghasilkan getaran pada kedudukan purata pada arah yang selari dengan arah rambatan gelombang.

Tanda tanda kawasan yang dikuasai oleh unsur unsur tenaga lemah atau tenaga asing ini, seperti kawasan yang berlumut, berbau busuk, atau terlalu wangi, lembap atau terlalu kering dan panas serta tempat yang bersarang labah labah atau terdapat serangga berbisa. Setiap kawasan bersudut pada siling yang terlalu tinggi atau rendah dengan ruang yang sempit juga menjadi tempat yang disukai unsur unsur tenaga asing ini. 

Unsur tenaga asing ini juga dapat dilemahkan oleh audibel pada julat yang lebih kecil yang kurang daripada 20Hz. Bunyi ledakan gempa bumi dapat mengeluarkan belerang atau sulfur dapat memerangkap unsure-unsur asing atau luar biasa ini.

Selain itu, orang yang mempunyai semangat yang tinggi dan keyakinanan yang tidak berbelah bagi seperti kepercayaan yang tinggi terhadap Allah yang maha esa sebenarnya dapat mencipta kelajuan seperti di atas. 

Garam (garam kasar) atau kristal adalah hasil daripada bunyi yang amat ditakuti oleh unsur unsur jahat ini. Garam laut Mediteranean atau garam laut mati mempunyai kestabilan pada unsur darah tubuh iaitu sistem tulang. 

Orang orang tua di zaman dahulu mempunyai banyak petua tentang kehebatan garam. (garam juga dapat meneutralkan unsur asid di dalam perut). Garam (garam kasar) atau sulfur amat ditakuti oleh segala binatang berbisa yang menjadi penawar atau teman kepada orang orang yang ingin memasuki hutan rimba( bagi org yg hobinya memasuki hutan). Ini kerana sulfur atau juga dikenali sebagai belerang ini mempunyai frekuensi bunyi yang amat laju tetapi masih tidak boleh dikesan oleh pendengaran manusia. Inilah sebabnya mengapa ahli sihir atau para tok dukun @ tok bomoh tidak boleh meramalkan bila gempa bumi akan berlaku.

Cara mengesan kehadiran benda2 asing ini...

Ok sedara sedari, pembaca dihormati, seperti yang kita sedia maklum ayat kursi mempunyai kelajuan gelombang yang dapat menjadi benteng kepada unsur unsur jahat yang mempunyai gelombang jarak jauh dan perlahan.

Iblis atau bapa segala jin dengan konco2nya syaitan yang berupaya melemahkan manusia dengan mejadikan kita was-was atau ragu-ragu dlm mencari ketenangan.

Walaupun begitu, iblis adalah satu bentuk tenaga yang boleh diubah atau ditukar bentuk dlm tenaga yang bergetar secara seimbang dlm gelombang dan frekuensi hijau.

Tenaga asing ini sebenarnya boleh dikesan di mana mana, tidak kira di udara, air, tanah, angin dan api, jadinya… bagaimanakah caranya untuk memastikan unsur ini dapat dinueutralkan dlm bentuk tenaga yang tidak mengganggu..?

haaa….ok2…kehadiran unsur asing dan jin ini dapat dikesan oleh deria sentuh khususnya bulu roma yang berfungsi sebagai antena kepada manusia. Kehadiran unsur unsur negatif ini akan membuatkan bulu roma berdiri tegak dan diikuti oleh perasaan seram.Dengan sebab itulah, kalau kita d sesuatu tempat, pastu terasa meremang bulu roma,haha..jgn tunggu lagi yeop…!

Selain itu, bau-bau asap seperti kemenyan hitam yang sering digunakan dlm upacara pengebumian atau pemujaan juga merupakan agen yang mengundang kepada tenaga asing. Begitu juga dengan tempat yang tertutup yang tidak dimasuki oleh cahaya dan angin. Tempat tempat ini turut merupakan faktor penarik kepada unsur unsur asing ini......

Ketahuilah, gangguan Jin dan Syaitan..yang menghasut kita untuk melakukan maksiat dan dosa adalah lebih besar ancamannya daripada ancaman 'terserempak dengan mereka(hantu)'

Bisikan Saitan yang merosakkan iman itulah yang perlu dikhuatirkan.

Untuk apa kita mengajar manusia takut kepada makhluk, kerana jin itu hanyalah makhluk yang lemah, yang boleh jer dikalahkan dengan bacaaan Al-Quran dan Doa.

Mereka langsung tidak memudaratkan kita melainkan jika diizinkan oleh ALLAH. Sepatutnyer kita ajak la manusia agar takut akan ALLAH jerrr!!!!

Tuhan (ALLAH) pemilik alam raya ini, juga adalah pencipta jin dan manusia.Jelaskan pada diri kita...dan lengkapkan diri kita dengan ilmu...

Sekian dari saya…sama2 kita memanafaatkan ilmu allah..

Wallahu a’lam….

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...