Followers

Saturday, December 25, 2010

BAGAIMANA ALLAH MENCIPTA ALAM SEMESTA INI?


Salam …
Tahukah anda….Para pakar sains telah melakukan satu penemuan penting pada tahun-tahun mutakhir ini. Penemuan penting itu ialah sebelum alam ini terbentuk, tidak wujud benda lain. Tiada tanah, udara, air, dan tiada bintang-bintang; malah tiada ruang. Di dalam kekosongan ini, telah terdapat satu titik kecil. Titik ini terlalu kecil sehinggakan sukar untuk mata kita melihatnya. Berbagai bahan telah dimampatkan bersama di dalam titik kecil ini. Kemudian, pada satu ketika titik ini meletup. Apabila ia meletup, semua bahan yang termampat di dalamnya telah berselerakan. Kemudiannya, pecahan-pecahan bahan ini telah bergabung untuk membentuk atom-atom yang pertama. Setelah pembentukan atom-atom ini, bintang-bintang, matahari, bumi dan planet-planet lain pula terbentuk. Pakar sains telah menamakan letupan ini "Big Bang". Semua yang terdapat di dalam alam semula jadi ini adalah hasil daripada Big Bang inilah!


Bertolak dari peristiwa ini, kita perlu memikirkan sesuatu yang sangat penting. Bayangkan sekiranya kita memasukkan pecahan-pecahan  teka jigsaw (puzzle) ke dalam sebuah belon secara rawak. Selepas itu, kita masukkan pula udara dan kemudian secara tiba-tiba kita pecahkannya! Dapat dilihat seolah-olah belon tersebut telah "meletup". Apa berlaku kepada pecahan-pecahan jigsaw yang telah kita  masukkan ke dalam belon tersebut? Bolehkah pecahan-pecahan ini membentuk sebuah vila atau sebuah lapangan terbang - sesuatu yang kita sendiri tidak dapat lakukan - di dalam bilik? Atau adakah ia akan berselerak di serata bilik tersebut? Sudah tentulah  ianya akan berselerak di dalam bilik. Kita perlu menyusun pecahan-pecahan jigsaw tersebut untuk membentuk sebuah lapangan terbang atau sebuah rumah.

Allah adalah Pencipta kepada "Big Bang" ini, Dia adalah ‘Pengatur’ kepada bahan-bahan yang berselerakan di angkasa selepas "Big Bang". Dengan mengumpulkan bahan-bahan ini, dia juga adalah Pencipta matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Apabila Allah menghendaki sesuatu Dia hanya berkata "Jadi" maka jadilah ia. Allah Yang Maha Besar dan Dia Yang Paling Perkasa. Kekuatannya mampu melakukan apa sahaja. Apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia dapat menciptanya sekelip mata.


Allah telah menurunkan kepada kita kitab-Nya "Al-Quran" di mana Dia telah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap soalan daripada Al-Quran dan As-Sunnah (cara hidup Nabi Muhammad SAW). Sebagai contoh, apabila kita bertanya, "Bagaimana Allah mencipta segala-galanya?" Allah membalas di dalam Al-Quran dengan berkata:


(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (Surah Al-An'am: 101)

Ubahsuai dari rencana Harun Yahya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...