British yang bawak Yahudi masuk ke Palestin...haa..nak tau cerita,jom baca artikel nie.!!!. part one artikel nie berkaitan dengan sejarah bangsa yahudi..baca dlu baru taaauuu!
Palestine nie dianggap Yahudi sebagai Home of Jews,tauuu..aper maksudnya??Baca la dari penelitian teman, ape sebenarnya maksud tersebut..
‘Home Of Jews’ atau ‘Rumah Yahudi’ adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi bagi merujuk negara Palestin. Sekian lama bangsa Yahudi mendakwa Palestin adalah tanah milik mereka. Pada akhir kurun ke 19, seorang penulis berbangsa yahudi, Israel Zangwill mempelopori slogan “A land without a people for a people without a land”.Apabila Zangwill menjelajahi bumi Palestin, sebenarnya telah ada penduduk asal berbangsa Arab yang tinggal di sana,namun Yahudi masih menganggap penduduk asal ini bukan sebagai bangsa pribumi . Maka berlakulah penghijrahan yahudi kebumi Palestin secara beramai-ramai pada tahun 1880.Penghijrahan ini dikenali sebagai “Aliyah”.” Aliyah “secara meluas dianggap sebagai konsep budaya Yahudi yang penting dan konsep dasar dari Zionisme yang diabadikan, dalam wacana Zionis, istilah “Aliyah “ merangkumi imigrasi secara sukarela kerana alasan ideologi, emosional, atau praktikal. Apa yang mendorong Yahudi memilih Palestine sebagai tempat mereka? Untuk itu perlulah diketahui tentang sejarah bangsa Yahudi. Sejarah bangsa Yahudi boleh dibahagi kepada dua iaitu Sejarah Yahudi lama dan Sejarah Yahudi Moden.
Sejarah Yahudi Lama
Bangsa Yahudi telah lama bertapak di Palestin. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah bangsa asal bumi tersebut. Namun mengikut kajian sejarah, penduduk asal Palestin adalah kaum Arab yang diberi nama Kanan (Kan-An) yg menetap pada 2500 s.m. Ramai nabi-nabi dilantik dalam kalangan bangsa Yahudi seperti Nabi Yusuf, Musa, Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Nabi Yusuf dibawa oleh pedagang ke Mesir setelah dikhianati saudara-saudara tirinya. Selepas itu, terdapat peristiwa perpindahan keluarga nabi Yusuf ke Mesir dari Palestin. Setelah itu, Nabi Musa yang juga berbangsa Yahudi telah membawa lari kaum Yahudi melalui laut merah dari Mesir ke Palestine. Namun kaum Yahudi dengan angkuh dan degil enggan memasuki Palestin. Dengan itu, Allah telah menyesatkan mereka di padang pasir selama 40 tahun. Di waktu inilah Nabi Musa dan Harun wafat. Nabi Yusa' (dikenali sbg Joshua) adalah nabi yg memimpin Yahudi masuk semula ke Palestin (1190 s.m.).
Nabi Daud yang memimpin kaum Yahudi beberapa lama selepas itu telah menukar nama bandar pemerintahan yang asalnya Madinatussalam kpd Jerussalem (Hebrew) - 995 s.m. Nabi Daud telah digantikan oleh nabi Sulaiman. Pada ketika inilah zaman kegemilangan Yahudi kerana seperti yang diketahui, betapa besarnya kerajaan Nabi Sulaiman (menguasai jin dsb) dan kaum Yahudi sekarang amat mempercayai Nabi Sulaiman telah membina temple (Haikal temple) di Jerussalem. Menurut sebuah laman web ”60 Tahun Nakbah Palestin”, selepas kewafatan nabi Sulaiman, Palestin terbahagi kepada dua kerajaan iaitu Kingdom of Israel yang ditewaskan oleh Parsi kemudiannya dan Kingdom of Yahudi yang tewas oleh Nebuchadnezar. Bangsa Yahudi akhirnya dihalau ke Iraq dan tidak dibenarkan lagi memasuki Palestin (500-an s.m.). Pemerintahan bertukar tangan dari Parsi ke Alexander The Great di Rom (63 s.m.) sehinggalah Umar Al-Khatab mengambil semula Palestin pada tahun 638 m. Oleh yang demikian itu, dapat dilihat kerajaan Yahudi di Palestin cuma bertapak selama 4 kurun sahaja iaitu dari pemerintahan Nabi Daud sehinggalah sebelum pemerintahan Nebuchadnezzar (1104 s.m. - 586 s.m) manakala Palestin diperintah oleh umat Islam bermula dari pemerintahan Saidina Umar, iaitu selama 12 kurun. Menurut Al Natsheh. Napoleon Bonaparte adalah orang yang bertanggungjawab mambawa kembali bangsa Yahudi ke Palestin pada 20 April 1799, iaitu seramai 5000 orang. Tujuannya adalah untuk mengkucar kacirkan kerajaan Uthaminiyyah. selepas perang Dunia Kedua (WW1), Yahudi di Palestin cuma 55,000 (8.4%), selebihnya adalah bangsa Arab.
Sejarah Yahudi Moden
Bangsa Yahudi pada hakikatnya berterabur di seluruh pelusuk dunia khususnya di Eropah. Walau bagaimanapun mereka sukar diterima oleh masyarakat lain di dunia kerana sifat mereka yang selalu menimbulkan kekacauan dan mempunyai semangat perkauman yang tidak menyenangkan. Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel). Dalam buku tersebut, dia telah menggariskan perancangan bagi memindahkan bangsa Yahudi seluruh dunia ke Palestin atau dikenali juga dengan ‘Home Of Jews’ pada 1896. Bagi menjayakan usahanya, mereka mestilah mewujudkan asas politik yang kukuh. Menurut Timmerman (2010), Ini tidak menjadi masalah kerana ramai dalam kalangan bangsa Yahudi di Eropah Barat khususnya di Amerika syarikat adalah dari golongan yang menguasai ekonomi dan institusi perbankan. Mereka amat kaya dan hidup senang lenang di sana. Dengan itu mereka menjadikan kuasa ekonomi tersebut sebagai satu wadah bagi menggerakkan perancangan perpindahan itu. Namun begitu cadangan ini tidaklah disambut baik oleh Yahudi yang tinggal di Eropah Barat kecuali sebilangan kecil daripada ereka yang berpengaruh dan kaya raya yang kemudiannya menjadi pembiaya terbesar Zionis antarabangsa. Namun demikian bangsa Yahudi yang menetap di Eropah timur dan Rusia telah menerima gagasan tersebut. Oleh itu terjadinya peristiwa kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Telah berlaku penghijrahan beramai-ramai yang sistematik melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
Ok,sampai kat sini,kita dah tau sejarah bangsa Yahudi. Lepas nie akan dipaparkan macamana peranan British lak nak bawak masuk Yahudi secara rasmi...tungg part 2,k
No comments:
Post a Comment