Followers

Thursday, December 23, 2010

~~Fakta tentang Jin~~ (Part One)



1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru),dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tiada beragma Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menguna-kan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemeyan. Ada yang berkata, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jinlah tuu (buat lawak...).

Makanannya juga tulang. Itu sebab kita tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan memakannya.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan jin jugak), tandas dan kubur.

6) Di nasihatkan apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalanraya) ,perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab jin/iblis/saitan akan ikut membaca sama ayat kursi....

11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk, berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.

12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita melarangnya

13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia. 

14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.

15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia kemana juga kita pergi.(sebab itu kita terasa seolah mempunyai pendamping...)ingatlah, ALLAH lebih berkuasa atas segalanya.

16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun susah.

17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk masjid (tahu ikut peraturan).

Rupa Bentuk Jin. 

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. 

Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok. 

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. 

Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia. 

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin. 

Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya. 

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka. 

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis. Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) " 

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak. 

Melihat Jin. 

Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya. Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia. 

Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia. 

Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah;

kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ). 

Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya. 


Salah seorang dari kedua orang tua (ratu) Balqis adalah seorang jin 

R. Abu Syaikh dalam al-Idhamah, Ibnu Mardawiyah dalam tafsir dan Ibnu Asakir dari Abu Hurairah’ 

Jin itu ada tiga macam, satu macam ialah yang mempunyai sayap yang dengannya mereka terbang di udara, satu macam yang berupa ular dan anjing dan satu macam yang tinggal dan pergi  - SAHIH- R Thabrani ,Hakim dan Baihaqi dl Al-Asma dari Tsalabah Al-Khasyni 

Allah telah menciptakan jin (3) macam , satu macam berupa ular-ular, kala-kala dan binatang-binatang kotor di bumi, satu macam seperti angin di udara dan satu macam yang mendapat hisab dan seksa. 

Dan Allah telah menciptakan manusia (3) macam, satu macam seperti binatang, satu macam badannya seperti badan anak Adam dan ruhnya adalah roh syaitan dan satu macam dalam naungan Allah pada hari tidak ada naungan selain naungan-Nya. 

DAIF- R Abus Syaikh dalam Al- Idhamah dan Ibnu Mardawiyah dari Abu Darda . 

Tahanlah anak-anak kecilmu pada waktu isyak, kerana sesungghnya jin (pada saat itu) punya penyebaran dan sambaran... 

SAHIH- R Abu Daud dari Jabir ms 90(4) 
4.Ular adalah ubahan jin bentuknya, sebagaimana dirubah kera dan khanzir dari bani Israil. 

SAHIH T Thabrani dan Abus Syaikh dlm Al-Idhamah dari Ibnu Abbas 

5.Apabila muncul ular di dalam tempat tinggal, maka ucapkanlah untuknya’ sesungguhnya kami memintamu dengan janji NUH dan dengan Janji SULAIMAN BIN DAUD, janganlah engkau menyakiti kami. Maka apabila ia kembali, maka bunuhlah ia 

HASSAN R Tirmidzi,dari Ibnu Abi Laila 

6. Apabila kamu mendengar salak anjing dan pekik keldai di malam hari maka bacalah ‘Auudzu billahi minasyaithaanir rajiim’ kerana sesungguhnya mereka melihat apa yang tidak kamu lihat. 

Dan persedikitlah keluar (Rumah) apabila kaki telah tenang kerana sesungguhnya Allah S.A.W menyebarkan pada malam hari apa yang ia suka dari makhluknya. Dan tutuplah pintu-pintu dan sebutlah nama Allah di atasnya, kerana sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang telah ditutup dan dibacakan nama Allah atasnya. Dan tutuplah tempat-tempat air, ikatlah mulut geriba-geriba dan tutuplah bekas-bekas 

SAHIH R Ahmad, Bukhari dalam Al-Adab, Abu Daud, Ibnu Hibban dan Hakim dari Jabir 

7.Apabila kamu mendengar suara ayam-ayam jantan maka mohonlah kepada Allah dari kelebihannya, kerana sesungguhnya ayam-ayam itu melihat malikat, dan apabila kamu mendengar suara keldai maka bacalah “Auudzu billahi minasyaithaanir rajiim’ kerana sesungguhnya dia melihat syaitan 


SAHIH R Ahmad, Bukhari , Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi dari Abu Hurairah 

8.Anjing yang hitam mulus adalah syaitan 

SAHIH- R Ahmad dari Aisyah 

bersambung....part 2..esok..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...