Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.
Firman Allah Yang Bermaksud;
"Iblis menjawab: Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan mu yang lurus. kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersykur (taat)"
(Al _A'raaf 16-17)
Di Dalam Firman Allah yang bermaksud: kami datangkan bagi setiap nabi itu saitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. kedua-dua golongan ini boleh menjadi saitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini.
(Al_An'am 112)
Kewujudan Jin bukan Dongengan.
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ( tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya (ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orangyang (hendak) bertakwa; iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan ) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahgian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)
Demikian itu wajib kepada setiap muslim beriman dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan saitan.

Dalil Al Quran
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al - Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain); diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan ) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)
Wahai sekelian Jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri , yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayat ku (perintah-perintahku) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? mereka menjawab: kami menjadi saksi mengakui akan( kesalahan) diri kami sendiri
( mendustakan rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh ( kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah ) mereka menjadi saksi ( pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yangmengingkari ( apa yang telah disampaikan oleh rasul-rasul itu)
( Al - an'nam 130)
Tidak diLihat bukan bukti tidak Wujud.
Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita melihat satu contoh seperti aliran eletrik tidak kelihatan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin udara, bau-bauan dan sebagainya.
Agama
Kebanyakan Jin adalah kafir. golongan jin kafir ini kebanyakkanya beragama Yahudi, kristian, komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang mimang tidak beragama. golongan jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan minoriti jika dibandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Islamnya jin seperti juga manusia biasa, Islam mereka seperti islamnya manusia, ada yang berfahaman Qadariah, Syiah, ahli sunah,Ahli Bidaah dan sebagainya, ada yang taat ada yang maksiat.
walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas lagi banyak ilmunya, tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.
Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " Sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik". tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.
Gelaran Jin dalam Istilah orang Melayu.
Antara Jin jin yang popular di kalangan orang-orang melayu ialah;
hantu raya, hantu pontianak, hantu polong, toyol, langsuir, penanggal, pelesit, hantu air, hantu bukit, hantukubur, pari, punjut, jerangkung, kum-kum hantu bungkus, hantu mati dibunuh, bidai, kopek, harimau jadian, jembalang tanah, tengelong, dsbnya
Pemimpin- pemimpin Jin
1. Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. antara raja jin alam bawah yang kafir seperti mazhab, marrah, ahmar, burkhan, shahhurash, zubai'ah dan Maimon.
2. empat raja jin ifrit ( jin yang paling jahat) yang mempunyai kerajaan yang besar menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialahthamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
3. Raja jin alam atas yang islam pula ialah rukiyaail, jibriyaail, samsamaail, mikiyaail, sarifiyaail, ainayaail dan kasfiyaail.
4. Raja jin menguasai kesemua jin tersebut bernama Thothamghi Yam Ya Li.
5. Manakala Malikat yang mengawal kesemua Jin-jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar Qutbul Jalalah.
Ketua Bala Tentera
Antaranya;
1. Thubar - merasuk manusia yang ditimpa musibah
2. Daasim - menceraikan ikatan silaturahim, rumahtangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebgainya.
3. Al-Awar - merasuk manusia agar tidak berakhlak, zina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya
4. Zalanbuur - Menghidupkan api permusuhan dan pembunuhan.
Tempat Tinggal JIn
Antaranya;
1. Mengutamakan tempat yang sunyi jauh dari manusia, ( hutan, gua, kawasan kubur dsbnya)
2. Mengutamakan tempat kotor (tandas dan tempat sampah)
3. tinggal di ari, (lautan, sungai, takungan air)
menurut hadis yang diriwayatkan An nasa' bahawa Nabi S.A.W bersabda: Jangan kencing di atas batu, lalu sahabat bertanya kepada Qatadah, Qatadah menjawab, naib bersabda ianya adalah tempat tinggal jin"
JIn kafir juga mengutamakan tempat-tempat kotor berlainan Jin Islam yang mengutamakan tempat yang bersih dan baik sepertimana manusia jugak.
Adakah Jin makan dan minum?
Hadis yang sohih menceritakan bahawa mereka makan dan minum jugk..
makanan mereka;
1. Tulang
2. asap
3. Makan bersama manusia yang tidak membaca "bismillah"
4. Najis binatang.
Adakah Jin Mukallaf
(dipertanggungjawabkan atas amalan)
firman allah taala yang bermaksud;
wahai sekalian jin dan manusia! bukankah telah datang kepada
kamu rasul-rasul dari kalangan kami sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatku (perintah-perintahku) dan yang
memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu
dengan hari (kiamat) ini?
mereka menjawab: kami menjadi saksi mengakui akan ( kesalahan) diri kami sendiri ( mendustakan rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi ( pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri;
(bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari ( apa yang telah disampaikan oleh rasul-rasul itu).
bersambung...

No comments:
Post a Comment