Hukum meminta pertolongan daripada JIn
Salam...
Artikel ini adalah sambungan daripada posting saya, part 3 tentang "Fakta Tentang Jin". Dalam membicarakan mengenai perbuatan meminta pertolongan daripada Jin ini,masyarakat melayu memang suka sgt lah perbuatan khurafat sedemikian. Ayat Al-Quran jelas menyatakan bahawa hukumnya adalah haram dan berdosa.
Firman Allah Taala;
"terdapat beberapa orang lelaki dari kalangan manusia meminta pertolongan daripada jin, maka jin-jin tersebut menambah bagi mereka dosa dan kesesatan" (Al -Jin 6)
Firman Allah Taala;
"terdapat beberapa orang lelaki dari kalangan manusia meminta pertolongan daripada jin, maka jin-jin tersebut menambah bagi mereka dosa dan kesesatan" (Al -Jin 6)
‘Qarin’ berasal daripada bahasa Arab bererti ‘yang meyertai sahabat’. Istilah qarin ini bermaksud roh-roh jahat daripada golongan makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia sejak seseorang itu dilahirkan dan sehingga meninggal dunia.
Kewujudan qarin adalah untuk menggoda, menipu dam memesongkan manusia daripada jalan yang benar. Qarin dianggap musuh manusia yang terdiri daripada golongan syaitan.
“Dan demikianlah kami jadikan tiap nabi itu musuh daripada jenis manusia dan jin, sebahgaian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu” (Al-An’am:112)
Daripada Sufyan dari Mansor, dari Salim bin Abi al-Ju’di dari bapanya Abdullah ibnu Masud, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia dipertemankan dengan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah berlaku pada tuan juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab : Dan Aku pun, akan tetapi Allah s.w.t menolongku dari gangguannya. Maka tidaklah mendorongku kecuali kepada kebaikan”
Namun yang demikian terdapat banyak hadis yang memperkuatkan hujah bahawa Rasulullah s.a.w itu dipelihara oleh Allah s.w.t sehingga qarinnya itu memeluk Islam.
Hadis riwayat Muhammad ibnu al-Walid bin Aban Abu Jaafar telah meriwayatkan Ibrahim bin Haimah dari ibnu Umar ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Aku diutamakan daripada Adam dengan dua perkara, syaitan yang mengembariku adalah kafir. Maka Allah memelihara akan daku daripadanya sehingga ia Islam. Isteri-isteriku menolongku, sedangkan syaitan Adam itu kafir dan isterinya mendorong melakukan kesalahan”
Keterangan di atas juga bersandarkan sebuah hadis dati Jabir r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“ Jangan kamu masuk ke tempat-tempat yang sepi. Sesungguhnya Syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah. (Ia) bertanya: Adakah tuan pun begitu juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tetapi Allah taala memelihara akan daku sehingga ia masuk Islam.”
sama-sama kita berdoa...dan memelihara diri dari perkara-perkara ghaib yang tidak kita ketahui....Makhluk-makhluk halus adalah satu realiti yang wujud dalam alam maya ciptaan Allah Subhanahu wa taala yang fana ini.
Ia kekal menjadi satu rahsia dan berstatus misteri kerana sifatnya yang luar daripada dunia 2 atau 3 dimensi. Kehadirannya di alam manusia sejak kejadian nenda Adam alihis salam, perangai jahat dan niatnya yang busuk untuk merosak dan menyesatkan anak-anak Adam a.s jelas tersebut di dalam Al -Quran dan As -sunnah dan kekal tidak berubah sehinggalah tibanya hari kiamat.
Kebolehan makhluk ini menguasai manusia dan kebolehan manusia mengatasi makhluk tersebut tersurat jelas di dalam lipatan lembaran sejarah.
Hakikat tersebut dijelaskan di dalam Al -quran yang ditafsir dalam kitab-kitab tafsir yang muktabar. Begitulah juga perihalnya dalam as-Sunnah dan ulasannya yang benar tentang kewujudan makhluk terebut dengan menyebut nama jin, iblis saitan, ifrit, qarin dan sebagainya.
Semua ini menunjukkan betapa banyaknya makhluk ini berkongsi hidup bersama-sama dengan kehidupan manusia di alam ini. Oleh sebab itu ilmu pengetahuan manusia mutakhir ini (manusia akhir zaman) banyak tertumpu kepada material, alam madiah dan perkara zohiriah sahaja. Kebolehan makhluk ini menguasai manusia dan kebolehan manusia mengatasi makhluk tersebut tersurat jelas di dalam lipatan lembaran sejarah.
Hakikat tersebut dijelaskan di dalam Al -quran yang ditafsir dalam kitab-kitab tafsir yang muktabar. Begitulah juga perihalnya dalam as-Sunnah dan ulasannya yang benar tentang kewujudan makhluk terebut dengan menyebut nama jin, iblis saitan, ifrit, qarin dan sebagainya.
Lantaran itu, pengetahuan dan pendedahan kepada alam ghaib tidak diambil peduli dan dianggap sebagai perkara yang remah, fantasi dan mitos semata-mata. Apa yang menyedihkan lagi ilmu pengetahuan untuk menyelamatkan mangsa kepada makhluk halus ini hampir pupus umpama kepupusan dinasour.
Kedua-dua makhluk yang bernama jin dan manusia ini sentiasa bermusuh-musuhan sejak dari dahulu lagi. Apabila permusuhan ini terjadi, maka pelbagai cara telah pun digunakan oleh kedua-duanya dalam agenda untuk mengatasi pihak lawan, oleh sebab permusuhan itu
dimulakan oleh pihak makhluk halus itu sendiri tanpa kerelaan, kehendak dan kesalahan manusia...maka manusia pada umumnya berada dalam situasi mempertahankan diri dan bukannya pada posisi ingin menyerang dan mengapa-apakan makhluk ini.
Kebiasannya pihak yang menyerang mempunyai lebih banyak peluang untuk membinasakan lawannya. secara automatik, kerugian, kesengsaraan dan penderitaan banyak di tanggung oleh pihak yang bertahan.
Dalam pertembungan ini, manusialah yang paling banyak menanggung akibat, kesannya manusialah yang paling banyak berhadapan dengan masalah.
Terjadi demikian, kerana manusia tidak memahami keadaan, keupayaan dan kelebihan yang dimiliki oleh musuh....dalam masa yang sama manusia kurang persediaan untuk menghadapi musuh tersebut.
Serangan JIN di dalam tubuh manusia.
1. Otak: melalui jalan ini jin mampu menguasai mana-mana anggota manusia di mana pergerakan tubuh berpunca daripada arahan otak.
2. Sendi-sendi kaki dan tangan: menyebabkan mangsa menjadi gagah atau sebaliknya sakit
3. di mata kanan atau kiri: menyebabkan mata menjadi kabur dan mudah melihat perkara-perkara pelik (aneh), jika sesorang itu membela atau telah dimasuki jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain.
4. berada di telinga kanan dan kiri: menyebabkan mangsa mendengar suara-suara aneh (pelik) terkdang terdengar org memanggil namanya...
5. berada di mulut manusia: dengan itu manusia yang telah dimasuki jin dan saitan amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah, dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan maunsia lain dan mencela dsbnya
6. berada di ari-ari ( di bawah pusat): menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.
7. Rahim : merosakkan benih lelaki atau perempuan hingga menyebabkan keguguran dan mandul...
Jin adalah makhluk yang berakal dan berkesedaran.. kerana itu jin dibebani taklif (kewajiban) beriman kepada Nabi Muhammad saw, dan di nyatanya ada di antara mereka yang beriman seperti di tuturkan di dalam ayat berikut:-
"dan sesungguhnya setelah kami mendengar petunjuk itu kami beriman kepadanya, maka barang siapa beriman kepada tuhannya ia tidak takut akan sesuatu kerugian dan tidak takut pula akan penambahan dosa dan kesalahan" (Al_jin:13)
Di samping kemampuan jin yang luar biasa ia juga berbentuk halus, adalah tidak bertentangan dengan akal bahawa makhluk yang berbentuk halus tidak menyamai makhluk-makhluk lain dalam khiasat-khasiatnya, serta mempunyai kemampuan luar biasa, kerana alam ini memang penuh dengan rahsia yang membingungkan akal fikiran manusia...Maha suci Allah dengan segala ciptaan yang tiada taranya serta Maha Agung kekuasaannya...
Sebenarnya, golongan jin pernah melakukan beberapa kali kunjungan kepada Nabi Muhammad saw salah satu antara kunjungan itu mereka tidak dilihat oleh Rasullah saw...kunjungan ini diriwayatkan oleh hadis Bukhari, muslim dan at-Tirmidzi melalui Ibnu Abbas, menurut riwayat muslim:
"Rasullah saw tidak membacakan Al-Quran dan tidak melihat mereka, Rasullah bersama serombongan sahabat pergi menuju 'Suq Ukadh' ketika itu jin telah terhalang untuk menyemak berita dari langit.
Mereka juga dihalau dengan AS syuhub, maka para jin kembali kepada kaumnya dan bertanya; "ada apa dengan kamu?" mereka menjawab: ' kami telah dihalau dari langit dan syuhub telah dilontarkan untuk menghalau kami"..
Para jin itu berkata" yang demikian itu pasti akibat sesuatu yang terjadi, pergilah kamu ke barat dan ke timur dan carilah apa sebenarnya yang telah menghalangi kita untuk mendapatkan berita dari langit..
Mereka pun pergi ke barat dan ke timur...rombongan jin yang menuju "Tihamah" melalui "Nakhlah" ketika sedang menuju "suq Ukadh" mereka melihat Nabi sedang solat subuh berjamaah bersama beberapa orang sahabat...ketika mendengar bacaan Al-Quran, rombongan jin itu lalu menyemaknya, lalu berkata: "inilah yang menghalangi kita mendapat berita dari langit... jin-jin itu lalu kembali kepada kaumnya dan berkata:
"sesungguhnya kami mendengar Al_Quran yang menakjubkan, ia memberi petunjuk kepada kebenaran maka kami beriman dengan Al_Quran itu dan kami tidak akan menyekutukan Tuhan kami dengan sesuatu yang lain"..
(Al_jin1 -2)

Kunjungan kedua adalah ketika Rasulallah saw diperintah oleh Allah swt untuk berdakwah kepada jin dan ketika itu rasullah saw melihat mereka..
Al_Baihaqi meriwayatkan di dalam kitab As Sunan, melalui berapa sanad( istilah riwayat) dari sahabat Ibnu Mas'ud katanya: 'Nabi menunaikan solat isyak lalu memegang tanganku (mengajakku pergi bersamanya) sehingga kita sampai ke suatu tempat...
Nabi membuat garis lalu berkata kepadaku: 'jangan keluar dari garis ini'.
Ketika aku sedang duduk tiba-tiba berdatanglah makhluk-makhluk yang nampak seperti kaum zuth (orang-orang yang berwarna kulit hitam) secara panjang lebar Ibnu mas'ud menceritakan :
'Nabi saw baru kembali kepada ku pada waktu fajar, ketika itu aku mendengar berbagai suara' aku bertanya; 'dimanakah engkau selama ini ya rasullah?'.. Nabi saw menjawab: ' aku diutus untuk menyampaikan dakwah kepada golongan jin', aku kembali bertanya: 'suara-suara apakah yang aku dengar tadi'?
Nabi menjawab: ' itulah suara mereka ketika pergi , mereka memberi salam kepada ku'...
Kunjungan ketiga, adalah ketika jin-jin mengundang Nabi saw untuk menemui mereka, Nabi saw memenuhi undangan itu dan membacakan Al_Quran serta menyeru mereka agar memeluk islam, ketika itu tidak ada seorang sahabat pun turut menyertai nabi saw...
Abdul Ibnu Humaid, Ahmad, Muslim dan lain-lain meriwayatkan dari Al-Qamah, katanya: ' aku bertanya kepada Ibnu Mas'ud: 'adakah di antara kamu yang menyertai nabi saw?' Ibnu Mas'ud menjawab: 'tidak ada seorang pun ketika itu yang menyertai baginda'..
Pada suatu malam kita bersama nabi saw, tiba-tiba nabi saw menghilang dan pergi memisahkan diri dari kami, kami mencari baginda di lembah-lembah dan bukit-bukit, sehingga kami mengira baginda benar-benar telah hilang, atau dibunuh orang.
Pada pagi hari baginda datang dari arah Gua Hira, kami menceritakan apa yang telah kami alami malam itu.. dan nabi saw menjawab: ' telah datang kepadaku undangan para jin dan aku pergi menemui mereka serta membacakan Al_Quran.'
Kemudian baginda mengajak kami melihat bekas-bekas perabian para jin itu...
kunjungan keempat adalah pada golongan jin yang datang dari negeri Nushaibain, iaitu setelah datang perintah Allah kepada baginda untuk berdakwah kepada para jin dan membacakan ayat-ayat Al_Quran kepada mereka...
Allah swt telah mendatangkan serombongan jin dari Nushaibain dan mengumpulkan mereka untuk berdakwah kepada mereka...Rasullah menyampaikan perintah Allah itu kepada para sahabat seraya katanya: ' malam ini aku akan menyampaikan dakwah kepada para jin, siapakah di antara kamu yang hendak mengikutiku?'
Para sahabat yang hadir hanya menundukkan kepala (tanpa memberi jawapan), rasullah mengulang lagi tawarannya itu dan para sahabat hanya menundukkan kepala, demikian pula halnya ketika tawaran itu disampaikan untuk yang ketiga kali, ketika itu sahabat Abdullah bin Mas'ud berkata: 'aku ya rasullah'..
Ketika itu kata Ibnu Mas'ud tidak ada orang yang hadir mengikuti rasullah selain aku, setelah sampai di luar kota Mekah, Rasullah memasuki sebuah kampung yang bernama Al Hajun..beliau berhenti dan memerintahkan aku untuk duduk seraya pesannya: ' janganlah engkau pergi (meninggalkan tempat ini) sebelum aku datang kembali kepada mu'...
Nabi saw pergi dan mulailah membacakan ayat-ayat Al_Quran, aku hanya berdiam diri sambil melihat makhluk-makhluk yang nampak seperti burung garuda menggelepar turun dan berjalan, serta mendengar suara hiruk pikuk, sehingga aku merasa khuatir dan cemas terhadap diri nabi saw yang sedang dikerumuni oleh mahkluk-mahkluk yang nampak kehitaman dan tidak jelas...menghalang pandangan antara aku dengan baginda sehingga suara baginda tidak terdengar lagi...lalu makhluk-makhluk itu nampak terpisah pisah seperti awan dan kemudian pergi meninggal nabi...
Pertemuan antara Nabi saw dengan mereka baru selesai pada saat fajar terbit.. Ketika ini baginda menghampiri aku seraya katanya: ' apakah engkau tertidur? 'tidak, demi allah' jawab Ibnu Mas'ud.. 'aku hampir sahaja berteriak minta tolong kalau sahaja aku tidak melihat engkau memukulkan tangkatmu kepada mereka supaya duduk'..
Rasullah berkata' jika engkau meninggalkan tempatmu ini aku khuatir engkau akan dibawa oleh mereka, 'apakah engkau melihat sesuatu?', benar ya Rasullah, aku melihat makhluk-makhluk hitam bercawat dengan kain putih' kata Ibnu Mas'ud..'itulah jin Nushaibain' jawab baginda..

Wallahua'lam...
Bersambung...
No comments:
Post a Comment