Nak tau tak apakah kemalangan paling mahal di dunia ? Tak ada orang yang sengaja menempah maut untuk mengalami kemalangan-kemalangan yang dasyat kerana kita tau kesan kemalangan tersebut. Just untuk menamba info serta santapan minda,jom sama-sama kita tengok sepuluh kemalangan paling mahal,naaakkk??Ni ha..jom baca!
10.Titanic ($150 Juta)
Tenggelamnya Titanic mungkin satu kemalangan n kecelakaan yang paling terkenal di dunia. Tambah lagi apabila filemnya menjadi box office di dunia. Pada 15 April 1912, Titanic telah pun memulakan pelayarannya yang pertama. Kapal ini adalah kapal yang dianggap paling mewah pernah dibina pada ketika itu. Lebih dari 1500 orang kehilangan nyawa ketika kapal tersebut bertukar menjadi sebuah gunung ais dan tenggelam ke dalam air yang sejuk giler!!! Kapal ini dibina dengan harga $ 7 juta ( $ 150 juta dolar jika dikira dengan nilai ketika ini).
9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)
Pada 26 Ogos 2004, sebuah lori tangki dengan muatan 32.000 liter bahan bakar telah terbalik di Jambatan Wiehltal di Jerman. Lori tangki beserta muatan tersebut telah melanggar pagar jambatan tersebut lalu jatuh 90 kaki ke bawah jambatan dan menghasilkan sebuah letupan api yang amat kuat. Jumlah kerugian akibat kemalangan adalah sebanyak $ 40 juta manakala kos baik pulih jambatan pula memakan belanja sebanyak $318 juta.
8. MetroLink Crash ($500 Juta)
Pada 12 September 2008, satu kemalangan ngeri telah berlaku dalam sejarah California. 25 orang maut setelah sebuah kereta api Metrolink mengalami kemalangan dalam perjalanan keretapi tersebut ke Uni Pasifik, Los Angeles. Keretapi tersebut bergerak amat laju walaupun terdapat lampu isyarat merah untuk berhenti. Ini berlaku kerana pemandu keretapi tersebut sedang sibuk melayan smsnya. Oleh kerana kelalaian tersebut, pihak Metrolink mengalami kerugian sebanyak $ 500 juta.
7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)
Tempat ketujuh Kemalangan Paling Mahal di Dunia adalah kemalangan sebuah kapal terbang pejuang. Sebuah pesawat B-2 Sealth Bomber telah meletup sesaat selepas berlepas dari landasan kapal terbang sebuah pangkalan udara di Guam pada 23 Februari 2008. Hasil penyiasatan data penerbangan pada komputer pengendali mendapati kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh wap air yang terdapat pada system. Ini mengakibatkan pesawat tersebut tiba-tiba hilang kawalan lalu terjatuh dengan serta merta. Kemalangan ini merupakan satu daripada 21 kemalangan yang melibatkan pesawat B-2 Bomber. Kejadian ini menjadi kemalangan yang paling mahal dalam sejarah penerbangan. Kedua-dua juruterbang pesawat tersebut sempat menyelamatkan diri.
6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)
Minyak Exxon Valdez yang telah tertumpah jumlahnya tidaklah sebesar mana dalam sejarah dunia penumpahan minyak di lautan. Walau bagaimanapun ianya merupakan salah satu kemalangan tumpahan minyak yang termahal kerana lokasinya yang jauh dan merupakan lokasi pribadi milik Prince William (hanya dapat diakses oleh helikopter dan kapal). Pada 24 Mac 1989, 10.8 juta galen minyak telah tertumpah dari kapal utama, menelan perbelanjaan sebanyak $ 2.5 billion Dollar untuk jumlah pembersihan.
5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)
Ini baru dikatakan hari terburuk dalam sejarah minyak dunia! Piper Alpha Oil adalah merupakan sebuah syarikat pengeluar minyak terbesar di dunia. Syarikat ini mampu mengeluarkan sehingga 317,000 tong minyak sehari. Pada 6 Julai 1988, sebagai kerja rutin, seorang juruteknik akan memeriksa penutup bagi memastikan lebih dari 100 penutup minyak berada dalam keadaan baik.
Sayangnya, juruteknik tersebut telah melakukan kesilapan dengan lupa untuk mengganti salah satu dari penutup-penutup tersebut.. Pada pukul 10 malam di hari yang sama, seorang juruteknik telah menekan tombol untuk menggerakkan pam cair dan gas paling mahal di dunia sekaligus memulakan kemalangan mengerikan itu . Dalam waktu kurang dari 2 jam, letupan berlaku lebih dari 300 meter serta merobohkan seluruh bangunan. 167 orang pekerja telah terkorban dalam kejadian itu dan mengakibatkan kerugian berjumlah $ 3.4 billion dollar.
4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)
Space Shuttle Challenger telah meletup di udara 73 saat setelah berlepas pada 28 Januari 1986 kerana adanya kerosakan pada gegelang- O atau ‘ O-ring’. Ia gagal menutup salah satu bahagian, yang membolehkan tekanan udara luar di gas Â. Ini menyebabkan tangki luar hidrogen cair meluap dan menyebabkan ledakan besar. Jumlah membina semula Space Shuttle adalah sebanyak $ 2 billion dolar pada tahun 1986 ($ 4.5 billion dolar nilai semasa). Jumlah bagi penyidikan, masalah koreksi, dan peralatan yang hilang adalah sebanyak $ 450 juta 1986-1987 ($ 1 billion pada hari ini).
3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)
Pada 13 November 2002, kapal tangki minyak yang membawa 77.000 tan bahan bakar, iaitu salah satu dari dua belas tangki telah tenggelam dipukul ombak besar di Galicia, Spanyol. Bimbang kapalnya akan tenggelam, kapten kapal tersebut telah meminta bantuan untuk menyelamatkan pekerjanya ke Spanyol, mengharapkan mereka dapat menghantar kapal untuk membawa perkerja ke pelabuhan.
Namun, tekanan dari pihak yang bertelagah memaksa kapten untuk membawa kapal tersebutjauh dari pantai. Kapten tersebut turut cuba untuk mendapatkan bantuan dari Perancis dan Portugal, tetapi kapal tersebut juga turut diarah supaya membawa kapalnya jauh dari pantai. Ombak akhirnya menenggelamkan kapal bersama tumpahan sebanyak 20 juta galen minyak ke laut. Menurut laporan Dewan Pontevedra Economist, jumlah bagi usaha pem,bersihan laut dianggarkan sebanyak $ 12 billion dollar.
2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)
Space Shuttle Columbia adalah kapal angkasa pertama NASA. Ia telah hancur dalam letupan ketika proses pendaratan kapal angkasa tersebut melalui Texas pada 1 Februari 2003. Ia mengalami kerosakan sayap, iaitu terdapat lubang yang tidak dibaiki selama 16 hari sebelumnya. Jumlah pembinaan kapal angkasa tersebut adalah sebanyak $ 2 billion pada tahun 1978 ($ 6.3 billion dolar nilai semasa). $ 500 juta telah dibelanjakan semasa siasatan kemalangan tersebut menjadikannya kemalangan pesawat termahal dalam sejarah. Pencarian dan pemulihan bahagian-bahagian kapal angkasa tersebut menelan belanja $ 300 juta. Jumlah kemalangan tersebut (tidak termasuk mengganti kapal angkasa ) mencapai $13 billion dollar, menurut American Institute of aeronautika dan Astronautics.
1. Chernobyl ($200 Billion)
Pada 26 April 1986, dunia menyaksikan kemalangan termahal dalam sejarah. Bencana Chernobyl adalah satu kemalangan yang dikatakan terbesar dalam bidang sosial-ekonomi malapetaka sejarah di masa itu. 50% dari wilayah Ukrain merasakan kesannya. Lebih 200 ribu orang terpaksa dipindahkan ke tempat tinggal sementara manakala 1.7 juta orang lagi telah mengalami kesan kemalangan tersebut.
Kematian sering dikaitkan dengan Chernobyl, termasuk mereka yang meninggal akibat kanser beberapa tahun selepas kejadian tersebut iaitu kira-kira seramai 125 000 orang. Jumlah perbelanjaan termasuk pembersihan, transmigrasi, dan gantirugi mangsa korban adalah kira-kira sebanyak $ 200 billion. Perbelanjaan untuk membina janakuasa nuclear Chernobyl hanyalah sekitar $ 2 billion saja dan tidaklah seimbang dengan kerugian yang terpaksa ditanggung. Kemalangan adalah dikaitkan dengan kecuaian operasi yang melanggar prosedur dan standard yang diperlukan dalam syarat keselamatan.
No comments:
Post a Comment