Followers

Monday, January 3, 2011

Nak tau pasal kentut??Jom baca!!


Dari mana asal kentut?

Tahukah anda asal kentut kita adalah dari gas yang tercipta dari dalam usus. Gas tersebut berasal dari udara yg kita telan. Selain itu ia juga adalah berasal dari gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

Apakah komposisi kentut?


Pelbagailah... Makin banyak udara kita telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diserap oleh tubuh sebelum sampai ke usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asid perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen.
Komposisi gas bergantung kepada apa yang kita makan, berapa banyak udara ditelan, jenis bakteria dalam usus serta berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besarlah kandungan nitrogen kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Kalau korang nak tau, orang yang makan dengan tergesa-gesa, kadar oksigen dalam kentut akan menjadi lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

Kenapa kentut berbau busuk?

Bau kentut busuk kerana kandungan hidrogen sulfida yang mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan kita, makin banyaklah sulfida dihasilkan oleh bakteria dalam perut. Ini mengakibatkan kentut kita pun semakin busuk..

Satu lagi nak bagitau nie..Telur dan daging mempunyai peranan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kekacang pula berperanan dalam menghasilkan isipadu kentut, bukan kebusukannya.

Kenapa kentut menimbulkan bunyi?

ha!ha!...ini kerana adanya getaran lubang dubur pada masa kentut dilepaskan. Kekuatan bunyi tersebut bergantung kepada kelajuan gas yang keluar!


Kenapa kentut yang busuk itu hangat dan tidak berbunyi?

Seperti yang telah disebut di atas, salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan haba, hasil sampingannya adalah gas yang berbau busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil isipadunya, tetapi SBD ('Silent But Deadly').

Berapa banyak kentut dihasilkan sehari?

Mesti korang terkejut nie..Kalau nak tau, antara sedar dengan tidak kita telah pun menghasilkan lebih kurang setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?

Bukankah sepatutnya gas kentut bergerak ke atas disebabkan ketumpatannya lebih ringan? Tidak demikian. Gerakan peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar lubang dubur lebih rendah. Gerakan peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gasnya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar lubang dubur.

Dalam perjalanan ke arah lubang dubur, gelembung-gelembung kecil telah bergabung lalu membentuk gelembung besar. Kalau tidak adalah gerakan peristaltic ini, gelembung gas tadi tentulah akan menerobos ke atas lagi, tapi ianya tidaklah boleh pergi terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit dan berbelit-belit itu.

Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?

Inilah yang kita nak tau nie,
kan..Bukan apa,senang prepare..Dah lepas gas,sempatlah kita blah dulu sebelum dikesan mangsa kat sebelah, hehe…Ok,bagi orang lain menghidu bau kentut kita, ia sebenarnya bergantung jugak kepada keadaan udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan dan arah angin, berat molekul gas kentut dan jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Selepas meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar dan konsentrasinya berkurang.

Ok,ingat nie…Kalau selepas kita melepas, kentut tersebut tidak dikesan dalam beberapa saat, bererti ianya mengalami 'peleraian' di udara dan hilang ditelan udara selama-lamanya.So, kita bolehla releks..kecualilah kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lif atau kereta… Kepekatannya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.Wow!lama tuuu..

Apakah setiap orang kentut?

Sudah tentulah…Selagi masih hidup. Sesaat setelah meninggal pun orang masih boleh kentut...
[Gambar: dilarang%2Bkentut.gif]

Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?

Ha…ini isu patut ada kajian impirikal nie..Betul  ker soalan kajian di atas tu???Oh, tidak ada kaitannya kekerapan kentut dengan jantina. Kalau betullah bagai dikata, bererti orang perempuan lebih kerap menahan kentut mereka.. dan apabila mahu kentut, tentulah lebih banyak jumlah gas yang dikeluarkan!!
Ada aku kisah???hehe..aku kesah woiii!!!

Bilakah biasanya orang kentut?

Pagi-pagi ketika di tandas, yang disebut sebagai 'morning thunder'. Kalau resonansinya bagus, boleh didengar lagi oleh seluruh penjuru rumah.

Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?

Kekacang sebenarnya mengandung zat gula yang tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai ke usus, bakteria di usus akan 'berpesta' dan menghasilkan banyak gas. Jagung, kobis dan susu juga adalah penyebab jumlah kentut yang banyak.. (tapi bukan baunya!).

Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?

Udara yang ditelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum 'soft drink' atau naik kapal terbang (kerana tekanan udara lebih rendah, maka gas di dalam usus kita akan mengalami pengembangan & keluarlah ia sebagai kentut).

Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lubang lain?

Tidaklah! Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dari kentut. Sendawa mengandungi lebih banyak udara manakala kentut pula mengandungi lebih banyak gas yang dihasilkan oleh bakteria. Hmmm..kat sini aku nampak apa logiknya kalau kentut kena ambik semula wuduk atau batal wuduk,sedangkan kalau sedawa,tidak pula..Ini mungkin kerana kentut juga diistilahkan seperti mengeluarkan najis, tapi dalam bentuk gas..ianya tidak berwarna, rupa atau mempunyai kesan bau selepas beberapa ketika dilepaskan (so,tidaklah diketegorikan sebagai najis). Tetapi still kena ambik wuduk balik kerana ianya mengeluarkan bacteria dari dalam usus..

Ke mana perginya gas kentut kalau ditahan/tidak dikeluarkan?

Ia akan diserap oleh darah, berpindah ke bahagian atas menuju usus. Namun pada akhirnya akan keluar juga. Jadi ia bukan lenyap, tapi hanya mengalami penangguhan. Dan tuan punya badan tentunya akan “senak” perut dalam proses penangguhan tersebut!

Mungkinkah kentut terbakar?

Boleh saja. Kentut mengandung metana serta hidrogen yang boleh terbakar (gas asli turut mengandungi komponen yang sama). Kalau terbakar, nyalaannya berwarna biru kerana mengandungi unsur hidrogen.

Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?

Jangan mengada-ada!.. Suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran. Nanti kang,punggung kita lak tak pasal-pasal hangus!

Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?

Kerana anjing dan kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein pula mengandungi banyak sulfur. Oleh sebab itulah bau kentut binatang ini adalah lebih busuk. Berbeza dengan herbivor seperti kambing, kuda dan gajah yang menghasilkan kentut yang lebih banyak, lebih lama dan lebih kuat bunyinya, tetapi kentut binatang-binatang ini tidak berbau, kerana mereka makan tumbuh-tumbuhan..



Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?

Kentut mengandungi sedikit sahaja oksigen. Hmm.. mungkin sedikit saja kita akan mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut yang terlalu banyak.

Apakah warna kentut?

Tidak berwarna. Kalau warnanya oren seperti gas nitrogen oksida, senanglah kita tahu siapa yang kentut..hehehe

Kentut itu asid atau neutral?

Asidlah! Kerana ianya
kan mengandungi karbon dioksida (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

Sampai di sini dulu info kentut untuk manafaat bersama..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...