Followers

Thursday, December 30, 2010

Lelaki Paling Gemuk Di Dunia

Manuel "Xavier" Uribe  dilahirkan pada 11 Jun 1965 (46 tahun) dan berasal dari Mexico telah dinobatkan sebagai lelaki paling gemuk di dunia. Satu documentary televisyen juga dibuat terhadap hidupnya yang terlantar di atas katil serta usahanya untuk menguruskan badan.Semasa beratnya mencecah sekitar 597 kg (1,320 lb) pada tahun 2001, dia hanya terlantar di katil. Dia kehilangan 1/3 daripada berat badannya iaitu 400lbs setelah mendapat nasihat daripada pakar nutrisi dan para doktor serta mengikuti program Zone Diet. Dia telah menarik perhatian dunia apabila muncul di televisyen “Televisa” pada 2006 tetapi menolak tawaran membuat pembedahan bypass gastric di Italy.
Pada tahun berikutnya iaitu 2007, Uribe telah mensasarkan penurunan berat badan sehingga 120 kg (260 lb). Pada 26 Oktober 2008, Uribe telah berjaya mengurangkan berat badannya sehingga 360 kg (790 lb). Usahanya untuk menurunkan berat badannya berbaloi. Pada pertengahan 2009, beliau telah disalah laporkan sebagai meninggal dunia. Uribe juga dalam usaha untuk menurunkan berat badannya sehingga 225 kg (500lb).

Manuel Uribe sekarang menetap di San Nicolas de los Garza, Nuevo Leon. Menurutnya semasa dia membesar, die mengalami sedikit masalah berat badan tetapi tidaklah seserius mana. Tetapi masalah berat badannya bermula semasa umurnya di awal 20-an. Setelah berkahwin pada 1987, dia telah berpindah ke Amerika untuk bekerja. Mereka tinggal di Dallas dan bekerja sebagai pemasang taipwriter. Pekerjaan sebegitu memerlukannya duduk sepenjang hari di meja. Dia mendakwa “ Kehidupan di Amerika memang begitu. Kita hanya bergerak dari meja tempat kerja ke kereta. Saya memandu pergi balik ke tempat kerja, jadi saya tidak dapat bersenam”.Uribe kemudiannya berpisah dengan isteri pertamanya.


Pada 2008, Uride telah mengahwini isteri keduanya Claudia dari atas katil yang tidak penah ditinggalkannya selama 6 tahun.  “Saya boleh membuktikan yang kita boleh menjumpai cintai dalam apa-apa keadaan sekali pun. Semua ini soal kepercayaan. Saya mempunyai isteri dan ingin memulakan sebuah keluarga dan hidup bahagia,” ujar Uribe.


Wednesday, December 29, 2010

Hukum Mencabut Uban...Jangan tak baca....


Salammm...

Siapa yang suka kalau rambutnya beruban awal??Adakah anda berasa bangga?risau?cemas?malu?Adakah kita sepatutnya sudah pun patut beruban??hehe... 

Apabila seseorang sampai ke usia senja, akan mulalah keluar uban di kepala, muka dan janggut. Itulah fasa kehidupan yang akan dilalui oleh seorang manusia bertepatan dengan firman Allah Ta’ala,

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفاً وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ
Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (QS. Ar Ruum: 54)

Sometimes kalau dah mula tumbuh uban tu, kebanyakan kita berasa malu..Mulalah ader yang nak cabut dan nak warnakan dengan warna lain. Tapi sebenarnya, alangkah bagusnya jika setiap tindak-tanduk kita didasari dengan ilmu agar kita tidak terjerumus dalam kesalahan dan dosa. Kat sini saya bawak satu petua dari Mu’adz bin Jabal yang kena selalu kita  ingat, katanya:
العِلْمُ إِمَامُ العَمَلِ وَالعَمَلُ تَابِعُهُ
Ilmu adalah pemimpin amal dan amalan berada di belakang ilmu.” (Al Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil Mungkar,Ahmad bin ‘Abdul Halim Al Haroni, hal. 15)

So pembaca sekelian, dalam masalah uban ini, jom kita ikuti petunjuk syari’at Islam yang suci lagi sempurna. Dengan mengikut petunjuk inilah confirm kita akan menuai kebahagiaan. Sebaliknya, jika kita enggan mengikutinya, hanya nak ikut hawa nafsu semata dan nak ikutkan manusia yang sentiasa taat pada hawa nafsu tanpa bersandarkan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,hmm… orang yang macam nie..susahla...

Ok,berkenaan dengan ini, apa kata Allah…??Allah Ta’ala telah berfirman,

وَإِنْ تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
Dan jika kamu ta’at kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajiban rasul itu melainkan menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.” (QS. An Nur: 54)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
Berpegangteguhlah dengan ajaranku dan sunnah khulafa’ur rosyidin yang mendapatkan petunjuk (dalam ilmu dan amal). Pegang teguhlah ajaran tersebut dengan gigi geraham kalian.” (HR. Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban. At Tirmidizi mengatakan hadits ini hasan shohih. Syaikh Al Albani mengatakan hadits ini shohih. Lihat Shohih At Targhib wa At Tarhib no. 37)


Salah seorang khulafa’ur rosyidin dan manusia terbaik setelah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam  ialah Abu Bakar As Shiddiq radhiyallahu ‘anhu mengatakan,

لَسْتُ تَارِكًا شَيْئًا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَعْمَلُ بِهِ إِلَّا عَمِلْتُ بِهِ إِنِّي أَخْشَى إِنْ تَرَكْتُ شَيْئًا مِنْ أَمْرِهِ أَنْ أَزِيْغَ

Aku tidak biarkan satupun yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam amalkan kecuali aku mengamalkannya karena aku takut jika meninggalkannya sedikit saja, aku akan menyimpang.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Ulama terkenal iaitu Imam Syafi’i pula mengatakan,
أجمع المسلمون على أن من استبان له سنة عن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم لم يحل له أن يدعها لقول أحد
Kaum muslimin sepakat bahwa siapa yang telah jelas (faham) baginya ajaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkan (ajaran/kefahaman) tersebut karena perkataan (kefahaman/ajaran) yang lainnya.”

(Madarijus Salikin, 2/335, Darul Kutub Al ‘Arobi. Lihat juga Al Haditsu Hujjatun bi Nafsihi fil ‘Aqoid wal Ahkam, Muhammad Nashiruddin Al Albani, hal. 79, Asy Syamilah)

Uban adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin

Al Baihaqi menulis sebuah topic berjudul “larangan mencabut uban”. Di bawa topic tersebut beliau membawakan hadits dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة
Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban –walaupun sehelai- dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan derajatnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah -yang lebih dikenal dengan Ibnu Hibban- dalam kitab Shahihnya menyebut pembahasan “Hadits yang menceritakan bahwa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.” Lalu Ibnu Hibban membawakan hadits berikut.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة
Janganlah mencabut uban karena uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu derajat.

(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)

Tuesday, December 28, 2010

Asal Usul Solat


Salam...

Posting ini asalnya saya perolehi daripada email seorang sahabat, maka saya kongsikan bersama dengan tujuan perkongsian ilmu..

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu
tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang
dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila
fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu
tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi
Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu
sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya
digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan
Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka
bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah
diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang
waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang
tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha
Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti
Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu
Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada
ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan
semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir..Lalu sembahyanglah
Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun..
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .
Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat
semoga dengan memahami bacaan
akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.. 


Kerajaan Syaitan-2 Segitiga Dunia


Salam semua...

Ramai yang dah tahu tentang 2 tempat istimewa ini. Cuma sajerlah saya nak berkongsi ilmu di sini sekiranya dapat menambah pengetahuan kita bersama... Saidina Ali r.a pernah berpesan hendaklah kita mengenal kebaikan dan mengenal juga keburukan. Kita mengenal Allah dan kita mengenal juga syaitan,yer tak..? Tapi kenal syaitan jangan lepas tu bercinta dengan dier lak! Tetapi kenal sekadar nak tau apa kelemahannya dan strateginya. Bak kata orang, jika nak berperang, mesti tau dan kaji kelemahan musuh. Baru boleh berperang dengan baik, insyaAllah..

Apakah dia 2 segitiga Syaitan ini?

2 Tempat popular itu ialah Segitiga Bermuda – Bermuda Triangle yang letaknya di antara perairan Florida, Amerika Syarikat – Puerto Rico, Mexico – dan kepulauan Bermuda (sila rujuk peta di bawah) di lautan Atlantik dan Segitiga Naga – Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100 km dari Tokyo. Kalau nak tau, segitiga ini berhampiran dengan satu lagi segitiga yang hebat sepertimana Segitiga Bermuda gak, iaitu Segitiga Formosa yang berada di kepulauan Formosa, Taiwan. Dan bagi saya, Segitiga Formosa dan Segitiga Naga ini adalah seperti adik-beradik kerana dua segitiga nie amat hampir dan kejadian-kejadian aneh pun berlaku di sana sama gak sebagaimana Segitiga Bermuda. Maka saya simpulkan bahawa ianya adalah kerajaan Iblis di sebelah timur ,manakala  Segitiga Bermuda lak mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.




Seperti yang anda dapat lihat dalam peta-peta di atas, kedua-duanya berada di garisan tengah Bumi. Satu kat sebelah barat (Segitiga Bermuda) dan satu lagi kat sebelah timur (Segitiga Naga). Kedua-duanya seperti dah dirancang dan ada maksud tertentu. Cuma dalam firasat saya, yang sebelah barat tu, adalah kerajaan yang mengawal sebelah barat Bumi manakala yang sebelah timur itu lak,mengawal sebelah timur Bumi. Strategik betul la  pemilihan yang dibuat oleh mereka yang terlibat tu yerrr...
Kedua-dua tempat ni kalau nak tau, sangat popular dengan kehilangan kapal, pesawat dan kehilangan-kehilangan misteri lain apabila melalui kawasan tersebut. Tetapi bukan semua yang melaluinya akan hilang,tau.. just sejarah banyak membuktikan betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (missing in action) kat kawasan tu.

Fakta Tentang Jin (Akhir..)


Salam...

Posting ini adalah lanjutan daripada posting part 4 berkenaan dengan 'Fakta Tentang Jin'. Dua hari saya releks..rasanya macam banyak perkara nak di urus n takder kesempatan nak memblog,hehe..harini,lepas basuh kain, rasa lak nak memblog..so, terus on pc..

Ok, sambungan dari posting yang lalu..

Diriwayatkan pula Ibnu Mas'ud bercerita: ' aku mendengar suara hiruk -pikuk yang ramai sekali, Rasullah kemudian menerangkan bahawa jin-jin itu saling tuduh menuduh tentang salah satu di antara mereka yang mati terbunuh...mereka mengadukan perkara itu kepada ku (nabi saw) lalu aku menyelesaikan perkara itu dengan benar dan adil'..


Kekuasaan Nabi Sulaiman Atas Jin...

Para pembaca yang dihormati, Allah swt telah memberi Nabi Sulaiman doa yang dikabulkan olehnya, iaitu:

'Ya tuhanku, ampunilah aku dan berilah aku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang pun sesudahku, sesungguhnya engkau maha pemberi'
(Sad: 35)


Permohonan ini diperkenankan oleh Allah, seperti diterangkan:

'maka kami tundukkan angin baginya yang berhembus dengan lembut menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan kami tundukkan pula syaitan-syaitan semuanya ahli-ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan-syaitan lain yang terikat dengan belenggu..inilah anugerah kami maka berikanlah kepada orang lain atau tahanlah untuk tidak memberi tuntutan atau pertanggunganjawab. Dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat pada sisi kami serta tempat kembali yang baik'

(Sad: 36 - 39)

Allah telah menundukkan bagi Nabi Sulaiman a.s angin yang lembut, yang dimaksudkan adalah angin yang dapat diperintahkan untuk mengangkat hamparan ( permaidani) yang dinaikinya ke mana saja beliau mahu...

Seperti dinyatakan oleh Ibnu Abbas ra: ' angin telah tunduk kepada Nabi Sulaiman as seperti diterangkan di dalam surah
Saba:

'dan kami tundukkan angin bagi Nabi Sulaiman yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalannya di waktu petang sama degan perjalanan sebulan"                    (
Saba: 12)

Ayat diatas bermaksud :

' dan kami tundukkan baginya syaitan-syaitan semuanya ahli-ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan-syaitan lain semuanya terikat dengan belenggu'

- syaitan yang dimaksudkan di sini adalah jin..

Mereka terbahagi kepada dua golongan, segolongan patuh dan taat kepada segala perintah Nabi Sulaiman untuk mengerjakan berbagai tugas. Golongan yang satu lagi, menentang Nabi Sulaiman. Walau bagaimanapun, Allah swt telah menundukkan mereka bagi Nabi Sulaiman, sehingga mereka dapat diikat dengan belenggu. 

Golongan pertama mengerjakan segala bangunan yang dikehendaki, seperti dijelaskan di dalam ayat berikut:

' para jin membuat baginya apa saja yang dikehendaki berupa gedung-gedung yang tinggi, patung-patung, baki baki yang besar seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungkunya, beramallah hai keluarga Daud untuk bersyukur..
(kepada Allah swt dan sedikit sekali dari hamba-hamba kami yang pandai bersyukur)'                                  
(
Saba: 13)

'adalah bentuk jamak dari kata' iaitu gedung atau istana, seperti dijelaskan Athiyah' adalah bentuk jama dari kata' iaitu patung, yang dimaksudkan adalah patung para malaikat..para nabi dan orang orang soleh yang dikirimkan di tempat tempat peribadatan, diperbuat dari tembaga kuningan, kristal serta batu pualam, dengan maksud agar supaya amal perbuatan mereka dapat dicontohi orang..

membuat gambar, lukisan dan patung merupakan perkara yang dibolehkan di dalam agama mereka, seperti dinyatakan oleh ADhdhahak dan Abul Aliyah...

Sunday, December 26, 2010

Fakta Tentang Jin (part4..)



Hukum meminta pertolongan daripada JIn
Salam...

Artikel ini adalah sambungan daripada posting saya, part 3 tentang "Fakta Tentang Jin". Dalam membicarakan mengenai perbuatan meminta pertolongan daripada Jin ini,masyarakat melayu memang suka sgt lah perbuatan khurafat sedemikian. Ayat Al-Quran jelas menyatakan bahawa hukumnya adalah haram dan berdosa. 

Firman Allah Taala;

"terdapat beberapa orang lelaki dari kalangan manusia meminta pertolongan daripada jin, maka jin-jin tersebut menambah bagi mereka dosa dan kesesatan" (Al -Jin 6)

‘Qarin’ berasal daripada bahasa Arab bererti ‘yang meyertai sahabat’. Istilah qarin ini bermaksud roh-roh jahat daripada golongan makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia sejak seseorang itu dilahirkan dan sehingga meninggal dunia. 

Kewujudan qarin adalah untuk menggoda, menipu dam memesongkan manusia daripada jalan yang benar. Qarin dianggap musuh manusia yang terdiri daripada golongan syaitan. 

Dan demikianlah kami jadikan tiap nabi itu musuh daripada jenis manusia dan jin, sebahgaian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu” (Al-An’am:112) 

Daripada Sufyan dari Mansor, dari Salim bin Abi al-Ju’di dari bapanya Abdullah ibnu Masud, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 

Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia dipertemankan dengan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah berlaku pada tuan juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab : Dan Aku pun, akan tetapi Allah s.w.t menolongku dari gangguannya. Maka tidaklah mendorongku kecuali kepada kebaikan” 

Namun yang demikian terdapat banyak hadis yang memperkuatkan hujah bahawa Rasulullah s.a.w itu dipelihara oleh Allah s.w.t sehingga qarinnya itu memeluk Islam. 

Hadis riwayat Muhammad ibnu al-Walid bin Aban Abu Jaafar telah meriwayatkan Ibrahim bin Haimah dari ibnu Umar ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 

“Aku diutamakan daripada Adam dengan dua perkara, syaitan yang mengembariku adalah kafir. Maka Allah memelihara akan daku daripadanya sehingga ia Islam. Isteri-isteriku menolongku, sedangkan syaitan Adam itu kafir dan isterinya mendorong melakukan kesalahan” 

Keterangan di atas juga bersandarkan sebuah hadis dati Jabir r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 

“ Jangan kamu masuk ke tempat-tempat yang sepi. Sesungguhnya Syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah. (Ia) bertanya: Adakah tuan pun begitu juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tetapi Allah taala memelihara akan daku sehingga ia masuk Islam.” 

sama-sama kita berdoa...dan memelihara diri dari perkara-perkara ghaib yang tidak kita ketahui....Makhluk-makhluk halus adalah satu realiti yang wujud dalam alam maya ciptaan Allah Subhanahu wa taala yang fana ini. 

Ia kekal menjadi satu rahsia dan berstatus misteri kerana sifatnya yang luar daripada dunia 2 atau 3 dimensi. Kehadirannya di alam manusia sejak kejadian nenda Adam alihis salam, perangai jahat dan niatnya yang busuk untuk merosak dan menyesatkan anak-anak Adam a.s jelas tersebut di dalam Al -Quran dan As -sunnah dan kekal tidak berubah sehinggalah tibanya hari kiamat.

Kebolehan makhluk ini menguasai manusia dan kebolehan manusia mengatasi makhluk tersebut tersurat jelas di dalam lipatan lembaran sejarah. 

Hakikat tersebut dijelaskan di dalam Al -quran yang ditafsir dalam kitab-kitab tafsir yang muktabar. Begitulah juga perihalnya dalam as-Sunnah dan ulasannya yang benar tentang kewujudan makhluk terebut dengan menyebut nama jin, iblis saitan, ifrit, qarin dan sebagainya. 

Saturday, December 25, 2010

BAGAIMANA ALLAH MENCIPTA ALAM SEMESTA INI?


Salam …
Tahukah anda….Para pakar sains telah melakukan satu penemuan penting pada tahun-tahun mutakhir ini. Penemuan penting itu ialah sebelum alam ini terbentuk, tidak wujud benda lain. Tiada tanah, udara, air, dan tiada bintang-bintang; malah tiada ruang. Di dalam kekosongan ini, telah terdapat satu titik kecil. Titik ini terlalu kecil sehinggakan sukar untuk mata kita melihatnya. Berbagai bahan telah dimampatkan bersama di dalam titik kecil ini. Kemudian, pada satu ketika titik ini meletup. Apabila ia meletup, semua bahan yang termampat di dalamnya telah berselerakan. Kemudiannya, pecahan-pecahan bahan ini telah bergabung untuk membentuk atom-atom yang pertama. Setelah pembentukan atom-atom ini, bintang-bintang, matahari, bumi dan planet-planet lain pula terbentuk. Pakar sains telah menamakan letupan ini "Big Bang". Semua yang terdapat di dalam alam semula jadi ini adalah hasil daripada Big Bang inilah!


Bertolak dari peristiwa ini, kita perlu memikirkan sesuatu yang sangat penting. Bayangkan sekiranya kita memasukkan pecahan-pecahan  teka jigsaw (puzzle) ke dalam sebuah belon secara rawak. Selepas itu, kita masukkan pula udara dan kemudian secara tiba-tiba kita pecahkannya! Dapat dilihat seolah-olah belon tersebut telah "meletup". Apa berlaku kepada pecahan-pecahan jigsaw yang telah kita  masukkan ke dalam belon tersebut? Bolehkah pecahan-pecahan ini membentuk sebuah vila atau sebuah lapangan terbang - sesuatu yang kita sendiri tidak dapat lakukan - di dalam bilik? Atau adakah ia akan berselerak di serata bilik tersebut? Sudah tentulah  ianya akan berselerak di dalam bilik. Kita perlu menyusun pecahan-pecahan jigsaw tersebut untuk membentuk sebuah lapangan terbang atau sebuah rumah.

Allah adalah Pencipta kepada "Big Bang" ini, Dia adalah ‘Pengatur’ kepada bahan-bahan yang berselerakan di angkasa selepas "Big Bang". Dengan mengumpulkan bahan-bahan ini, dia juga adalah Pencipta matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Apabila Allah menghendaki sesuatu Dia hanya berkata "Jadi" maka jadilah ia. Allah Yang Maha Besar dan Dia Yang Paling Perkasa. Kekuatannya mampu melakukan apa sahaja. Apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia dapat menciptanya sekelip mata.


Allah telah menurunkan kepada kita kitab-Nya "Al-Quran" di mana Dia telah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap soalan daripada Al-Quran dan As-Sunnah (cara hidup Nabi Muhammad SAW). Sebagai contoh, apabila kita bertanya, "Bagaimana Allah mencipta segala-galanya?" Allah membalas di dalam Al-Quran dengan berkata:


(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (Surah Al-An'am: 101)

Ubahsuai dari rencana Harun Yahya

Organisasi Pembelajaran (Learning Organization)



Salam...


Apabila diperkatakan tentang organisasi sesebuah institusi, rata-rata akan mendapati bahawa organisasi merupakan tunjang kepada perkembangan dan kemajuan institusi itu.  Ini adalah kerana sesebuah organisasi biasanya dianggotai oleh ahli-ahli yang bertanggungjawab mencorakkan arah tuju organisasi itu. Di antara organisasi-organisasi sekolah ialah jawatankuasa induk, kelab, persatuan, unit beruniform dan organisasi pembelajaran.
Di antara unsur-unsur yang sama yang ada pada organisasi-organisasi itu ialah kesemuanya mempunyai suatu matIamat atau tujuan yang ingin dicapai.  Matlamat- matlamat itu tentulah berbeza sama ada untuk memperbaiki prestasi sekolah, mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti anjuran bahagian, memenangi sesuatu kejohanan, mengadakan konsert amal dan sebagainya.  Dalam erti kata lain, sesuatu organisasi tidak boleh wujud tanpa sesuatu matlamat.
Walau bagaimanapun, perkataan organisasi mempunyai dua pengertian umum. Mengikut James A.F. Stoner (1985) pengertian yang pertama membawa maksud organisasi merupakan sesebuah institusi atau kumpulan fungsian.  Pengertian yang kedua pula merujuk kepada cara kerja diatur dan diperuntukkan di kalangan para anggota organisasi supaya matlamat-matlamat organisasi berkenaan dicapai dengan cekap.  Mengikut Peter M Senge (1990), pembelajaran dalam konteks ini tidak bermaksud memperoleh lebih maklumat tetapi mengembangkan kebolehan untuk menghasilkan keputusan yang dinanti-nantikan dalam kehidupan manakala Finger dan Brand  (1999) mengatakan organisasi pembelajaran adalah sesuatu yang ideal mengembangkan kebolehan untuk merespon bagi pelbagai tekanan yang mereka hadapi.              
  • Definisi Organisasi Pembelajaran (Learning Organization) 

Peter M. Senge dalam  “The Fifth Discipline” (1990) mengatakan organisasi pembelajaran ialah satu organisasi yang terdiri daripada sekumpulan manusia yang selalu memperkembangkan kapasiti untuk mendapatkan keputusan yang mereka inginkan, perkembangan corak pemikiran yang baru disemai, aspirasi kolektif adalah bebas dan anggota-anggotanya selalu belajar untuk belajar bersama-sama.
Menurut The Fifth Discipline Fieldbook (1994) pula organisasi pembelajaran ialah satu organisasi yang komited untuk pengujian pengalaman yang berterusan dan perubahan pengalaman kepada pengetahuan.
Seterusnya dalam Harvard Business Review (Nov / Dis 1995), organisasi pembelajaran ialah satu kemahiran atau kemahiran yang diperoleh dengan perubahan pengetahuan serta pengubahsuaian tingkah laku untuk membayangkan pengetahuan dan pengamatan dalaman yang baru.
Menurut Richard Karash dalam “Learning Organization” (1994), organisasi pembelajaran ialah satu organisasi di mana orang-orang di semua peringkat, sama ada secara individu dan kolektif, selalu meningkatkan kapasiti untuk menghasilkan keputusan yang mereka ingin capai.
David Gervin dalam “Building A Learning Organization” (1995:2), organisasi pembelajaran ialah satu sistem yang memerlukan komitmen dan kapasiti semua orang untuk belajar di semua peringkat dalam organisasi itu untuk mencari matlamatnya.
Maka dapat dibuat suatu kesimpulan bahawa organisasi pembelajaran ialah satu organisasi yang terus berfungsi, mengikuti perkembangan semasa, peka kepada perubahan menerima pendekatan atau idea baru  untuk pembaharuan dan berusaha secara kolektif untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam usaha untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Lihat lagi, Ciri-ciri Organisasi Pembelajaran , Hasil Dapatan , Elemen-elemen Dalam Orgaisasi Pembelajaran, Peranan Pengetua Dalam Organisasi Pembelajaran...

Renungan Peranan Jin Dan Syaitan (Bersambung Part 3 daripada Fakta Tentang Jin..)



Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.

Firman Allah Yang Bermaksud;

"Iblis menjawab: Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan mu yang lurus. kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersykur (taat)"
(Al _A'raaf 16-17)

Di Dalam Firman Allah yang bermaksud: kami datangkan bagi setiap nabi itu saitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. kedua-dua golongan ini boleh menjadi saitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini.
(Al_An'am 112)

Kewujudan Jin bukan Dongengan.

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ( tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya (ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orangyang (hendak) bertakwa; iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan ) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahgian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. 
(Al Baqarah 2)

Demikian itu wajib kepada setiap muslim beriman dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan saitan. 

Dalil Al Quran

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al - Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain); diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan ) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)

Wahai sekelian Jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri , yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayat ku (perintah-perintahku) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? mereka menjawab: kami menjadi saksi mengakui akan( kesalahan) diri kami sendiri 
( mendustakan rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh ( kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah ) mereka menjadi saksi ( pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yangmengingkari ( apa yang telah disampaikan oleh rasul-rasul itu)
( Al - an'nam 130)

Tidak diLihat bukan bukti tidak Wujud. 

Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita melihat satu contoh seperti aliran eletrik tidak kelihatan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin udara, bau-bauan dan sebagainya. 

Agama

Kebanyakan Jin adalah kafir. golongan jin kafir ini kebanyakkanya beragama Yahudi, kristian, komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang mimang tidak beragama. golongan jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan minoriti jika dibandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...