Followers

Thursday, January 13, 2011

PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA YANG BERTARAF PTj


Sekolah ialah institusi awam yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pendidikan negara berlandaskan dasar dan falsafah yang telah ditetapkan.  Pembiayaan pendidikan di Malaysia adalah tanggungjawab kerajaan pusat melalui Kementerian Pelajaran Malaysia.  Pada peringkat mikro (sekolah), kerajaan pusat menyalurkan peruntukan tahunan melalui Jabatan Pelajaran Negeri ataupun melalui Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.  Bagi sekolah-sekolah menengah harian biasa di Sabah yang bertaraf  Pusat Tanggungjawab (PTj), peruntukan diterima daripada Jabatan Pelajaran Negeri selaku ketua PTj.

Pengurusan kewangan organisasi seperti sekolah adalah proses penggunaan wang secara optimum supaya organisasi itu dapat mencapai objektif pedidikan yang ditetapkan.  Bagi memastikan objektif ini tercapai pengurus kewangan perlu  mematuhi peraturan dan arahan pengurusan kewangan melalui ’Buku Panduan Perakaunan Kewangan Sekolah” atau surat-surat pekeliling kewangan.  Namun, pengurusan kewangan yang cekap bukannya bermakna penjimatan tetapi lebih kepada pengurusan kewangan yang memberikan pulangan pendidikan terbaik.  Menurut Zaidatol Akmaliah (2000), pengetua selaku pentadbir sekolah adalah bertanggungjawab  penuh bagi merancang, mengurus, mengawal serta menentukan pengurusan kewangan di sekolah dilakukan dengan cekap dan berkesan.


SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA BERTARAF PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTj)


Pemberian taraf PTj kepada sekolah yang mengurus wang dengan cekap dan cemerlang, adalah salah satu usaha pen­strukturan semula Kementerian Pelajaran. Dalam hasrat mencapai pendidikan yang cekap dan berkualiti, Kementerian Pelajaran memperkemas dan melicinkan pentadbirannya dengan mem­benarkan keputusan dibuat pada peringkat  sekolah.

Pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan diperlukan bagi menjamin pembelajaran dan kos efektif. Konsep 'pengurus mengurus' adalah konsep pengurusan kewangan sekolah yang diberi taraf PTj, yang memberi fokus kepada pengurusan yang berpengetahuan, bertanggungjawab, komited, kecacatan sifar (Zero Defect), integriti, bermoral dan beretika.

Sejajar dengan itu, Kementerian Pelajaran meneruskan usaha menurunkan kuasa kepada sekolah-sekolah daripada segi mengurus kewangan dan menyelenggara projek dengan memberi status sebagai PTj kepada sekolah-sekolah yang layak.  Kamaruddin Kachar (1989) mengatakan bahawa fungsi kewangan sekolah adalah bagi memberi kuasa kepada sekolah bebas membuat perbelanjaan. Perbelanjaan itu perlu sesuai mengikut keutamaan dan ke­pentingan, serta mengikut garis panduan dan peruntukan undang-­undang yang ada.  Perbelanjaan yang berkesan dan penggunaan wang dilakukan secara optimum memberi jaminan bahawa sekolah akan mendapat faedah.

Taraf  PTj diberikan kepada sekolah-sekolah yang mempunyai pengurusan kewangan sekolah yang cemerlang selama tiga tahun berturut-turut. Pengurusan kewangan sekolah yang cemerlang ber­maksud sekolah mempunyai pengurusan kewangan sekolah yang baik, tiada teguran audit dan tiada audit bersyarat.

Pemberian taraf PTj ini adalah penghargaan kepada pengurusan. Secara tersiratnya, sekolah yang diberi taraf PTj, meningkat imejnya daripada segi pengurusan berkualiti dan menjadi motivasi kepada sekolah-­sekolah lain supaya mengikut jejak yang sama.

Dengan pemberian taraf ini, agihan peruntukan dapat disalurkan terus kepada 'pelanggan terakhir' dan konsep 'pengurus mengurus' memberi kuasa kepada peringkat terakhir (sekolah).  Dalam hal ini pengetua sebagai pengurus mengurus dan mengawal sendiri kewangannya.  Projek rintis sudah pun di­jalankan di tiga puluh (30) buah sekolah pada tabun 2000 dan didapati berjaya meningkatkan prestasi pengurusan kewangan dan penyelenggaraan projek kecil sekolah.  Pada tahun 2001 pemberian taraf ini diperluaskan kepada 2000 buah sekolah dan akan dilaksanakan seterusnya ke seluruh sekolah di Malaysia secara berperingkat-peringkat.

 

Monday, January 3, 2011

Nak tau pasal kentut??Jom baca!!


Dari mana asal kentut?

Tahukah anda asal kentut kita adalah dari gas yang tercipta dari dalam usus. Gas tersebut berasal dari udara yg kita telan. Selain itu ia juga adalah berasal dari gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

Apakah komposisi kentut?


Pelbagailah... Makin banyak udara kita telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diserap oleh tubuh sebelum sampai ke usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asid perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen.
Komposisi gas bergantung kepada apa yang kita makan, berapa banyak udara ditelan, jenis bakteria dalam usus serta berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besarlah kandungan nitrogen kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Kalau korang nak tau, orang yang makan dengan tergesa-gesa, kadar oksigen dalam kentut akan menjadi lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

Kenapa kentut berbau busuk?

Bau kentut busuk kerana kandungan hidrogen sulfida yang mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan kita, makin banyaklah sulfida dihasilkan oleh bakteria dalam perut. Ini mengakibatkan kentut kita pun semakin busuk..

Satu lagi nak bagitau nie..Telur dan daging mempunyai peranan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kekacang pula berperanan dalam menghasilkan isipadu kentut, bukan kebusukannya.

Kenapa kentut menimbulkan bunyi?

ha!ha!...ini kerana adanya getaran lubang dubur pada masa kentut dilepaskan. Kekuatan bunyi tersebut bergantung kepada kelajuan gas yang keluar!


Kenapa kentut yang busuk itu hangat dan tidak berbunyi?

Seperti yang telah disebut di atas, salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan haba, hasil sampingannya adalah gas yang berbau busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil isipadunya, tetapi SBD ('Silent But Deadly').

10 Kemalangan Yang Termahal Di Dunia...

Salam...
Nak tau tak apakah kemalangan paling mahal di dunia ? Tak ada orang yang sengaja menempah maut untuk mengalami kemalangan-kemalangan yang dasyat kerana kita tau kesan kemalangan tersebut. Just untuk menamba info serta santapan minda,jom sama-sama kita tengok sepuluh kemalangan paling mahal,naaakkk??Ni ha..jom baca!



10.Titanic ($150 Juta)

Tenggelamnya Titanic mungkin satu kemalangan n kecelakaan yang paling terkenal di dunia. Tambah lagi apabila filemnya menjadi box office di dunia.  Pada 15 April 1912, Titanic telah pun memulakan pelayarannya yang pertama. Kapal ini adalah kapal yang dianggap paling mewah pernah dibina pada ketika itu. Lebih dari 1500 orang kehilangan nyawa ketika kapal tersebut bertukar menjadi sebuah gunung ais  dan tenggelam ke dalam air yang sejuk giler!!! Kapal ini dibina dengan harga $ 7 juta ( $ 150 juta dolar jika dikira dengan nilai ketika ini).

9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)

Pada 26 Ogos 2004, sebuah lori tangki dengan muatan 32.000 liter bahan bakar telah terbalik di Jambatan Wiehltal di Jerman. Lori tangki beserta muatan tersebut telah melanggar pagar jambatan tersebut lalu jatuh 90 kaki ke bawah jambatan dan  menghasilkan sebuah letupan api yang amat kuat. Jumlah kerugian akibat kemalangan adalah sebanyak $ 40 juta manakala kos baik pulih jambatan pula memakan belanja sebanyak $318 juta.

8. MetroLink Crash ($500 Juta)

Pada 12 September 2008, satu kemalangan ngeri telah berlaku dalam sejarah California. 25 orang maut setelah sebuah kereta api Metrolink mengalami kemalangan dalam perjalanan keretapi tersebut ke Uni Pasifik, Los Angeles. Keretapi tersebut bergerak amat laju walaupun terdapat lampu isyarat merah untuk berhenti. Ini berlaku kerana pemandu keretapi tersebut sedang sibuk melayan smsnya. Oleh kerana kelalaian tersebut,   pihak Metrolink mengalami kerugian  sebanyak $ 500 juta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...