Followers

Friday, August 19, 2011

Pengupayaan (Empowerment) dan Budaya Sekolah Positif



                  Content:

1.0         Pengenalan

2.0     Empowerment (Pengupayaan)
  
3.0     Pengupayaan Memerlukan perubahan Budaya Sekolah
   
4.0     Sekolah Berkesan Memerlukan Budaya Sekolah Positif

5.0         Sekolah Efektif
       
6.0     Pengupayaan memerlukan Penyeliaan Efektif

7.0     Pengupayaan Memerlukan Komunikasi Berkesan

8.0     Pengupayaan Memerlukan Kepimpinan Berkesan

9.0     Pengurusan Dan Organisasi yang berkesan
          9.1     Proses Organisasi
          9.2     Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik
          9.3     Realiti Dalam Organisasi
          9.4     Teori hambatan

10.0   Pengurusan Yang Berkesan
          10.1   Hubungan Individu Dengan Organisasi
          10.2   Membina Hubungan Interpersonal/Organisasional

11.0   Kesimpulan

12.0   Rujukan                                                                 


1.0     PENGENALAN

Pada masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mula mengorak langkah ke arah melaksanakan sistem pengurusan sekolah secara bebas tanpa kawalan dari Jabatan Pendidikan Negeri bagi meningkatkan kualiti pentadbiran pendidikan. Aspek yang dimaksudkan ialah kewangan, pembelian dan aspek-aspek pengurusan yang lain ditadbirkan dengan cara yang sama. Menurut Tan Sri Musa Mohamad, mantan Menteri Pendidikan Malaysia, tidak terdapat perbezaan yang mendasarkan dalam sistem pentadbiran di sekolah-sekolah kerana semua pengurusan sekolah dilaksanakan mengikut cara pentadbiran yang dikawal oleh Jabatan Pendidikan Negeri melalui Pejabat Pendidikan Daerah            (Utusan Malaysia, 14 Februari 2000).

Petanda ini sudah menjadi titik mula bahawa akan berlaku perubahan dari pengurusan berpusat kepada desentralisasi serta corak hiraki-birokrasi kepada pengupayaan (empowerment). Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi. Menurut James R Houghton, Pengerusi Coning, mengatakan bahawa zaman hirarki di dalam pentadbiran organisasi sudah berlalu ( Steward, 1996). Melalui pendekatan desentralisasi, pengupayaan merupakan kunci utama bagi menarik semua kakitangan melibatkan diri di dalam aktiviti organisasi ( Stan Shin dalam Khoo Kheng Hor, 1997 ).

Umumnya, melibatkan diri dalam amalan pengupayaan bukanlah bermaksud tiada kawalan atau seseorang itu bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka, tetapi masih tertakluk kepada peraturan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan. Malangnya konsep kuasa yang diberi melalui amalan pengupayaan sering disalah tanggap. Ini bermaksud, melalui pengupayaan akan menyebabkan hilang kuasa untuk mengawal (empowerment means no control,- control means no empowerment).

Sepatutnya, kuasa dan pengupayaan disatukan menjadi elemen “Control and Empowerment” sebagai satu entiti, dan bukan terasing. Kesimpulannya, walaupun pengupaya mempunyai kuasa, ia masih lagi tertakluk kepada garis panduan dan peraturan tetap atau prosedur pekerjaan. Dalam konteks pendidikan pula, pengupayaan guru bererti penglibatan mereka dalam membuat keputusan dalam aktiviti organisasi (Keith & Girling, 1991).

Pada asasnya, pengupayaan dirumuskan sebagai proses sekolah memberi ruang untuk membangunkan kecekapan guru untuk bertanggungjawab terhadap kemajuan diri dan menyelesaikan masalah mereka sendiri. Dengan ini, guru kanan yang diupayakan itu memperolehi kemahiran dan ilmu pengetahuan serta mampu bertindak berdasarkan situasi untuk melakukan proses penambahbaikan. Faktor ini menyumbang ke arah pembentukan peluang guru untuk memperlihatkan kecekapannya ( Short, 1994).

          Penulisan ini akan mengupas definisi pengupayaan (empowerment) dan  ciri-ciri budaya sekolah yang positif dan sumbangannya dalam menghasilkan sekolah berkesan. Seterusnya, cuba menjawab persoalan pelaksanaan proses pengupayaan yang berjaya memerlukan perubahan budaya sekolah. 


2.0     EMPOWERMENT (PENGUPAYAAN)

Dalam amalan harian, pengupayaan telah lama digunakan di dalam pengurusan sekolah yang melibatkan guru-guru dan kakitangan. Perlaksanaan pengupayaan ini merangkumi bidang kurikulum, ko-kurikulum, pentadbiran, perkhidmatan dan perjawatan, kewangan, harta benda dan kawasan, perhubungan serta iklim dan budaya sekolah.

(Hussein, 1997) dalam Ken Blanchard et al (1996) pula menerangkan pelaksanaan pengupayaan merupakan proses yang berterusan dan melibatkan tiga kunci utama iaitu perkongsian 3 maklumat dengan kakitangan, mencipta autonomi dalam sempadan dan menggantikan sistem hirarki tradisional kepada pasukan terarah sendiri. Apa yang diharapkan ialah dengan adanya perkongsian maklumat ini akan muncul perasaan saling percaya mempercayai antara satu sama lain.

Perkongsian maklumat bermakna pemimpin memberi kefahaman kepada kakitangan mengenai keadaan semasa organisasi dengan jelas dan mantap. Pada masa ini adakah fenomena ini wujud di sektor sekolah dan dapat dijalankan oleh guru pada peringkat pengurus pertengahan.

Justeru itu, menurut pemikiran hirarki tradisional, pengetua yang menetapkan matlamat organisasi dan kemudian diturunkan ke peringkat bawahan. Ini bermakna guru di peringkat pengurus pertengahan tidak terlibat dalam membina matlamat tersebut. Mereka tidak mempunyai komitmen kerana mereka tidak terlibat langsung dalam proses membina matlamat itu. Sebaliknya di dalam organisasi yang melaksanakan pengupayaan, matlamatnya ditetapkan secara bersama dan mampu membangkitkan rasa tanggungjawab dan bersifat kepunyaan di kalangan mereka.

Setelah pengupayaan dilakukan, pengurus pertengahan akan mempunyai autonomi dalam sempadannya yang dikatakan mampu membentuk tenaga kerja ke arah pencapaian matlamat dan menghasilkan impak yang diinginkan. Seterusnya, klasifikasi visi organisasi ( big picture ) perlu dikaji akan peranan dan matlamatnya di setiap segi.

Untuk menjalankan tugas dengan baik, pengurus pertengahan memerlukan sempadan autonomi yang jelas. Kadangkala, batasan ini tidak dapat ditentukan sejauhmana ianya diberi oleh pengetua, mahupun guru itu sendiri tidak jelas akan sempadannya. Sempadan yang hendak diberi berbeza-beza mengikut kategori pengurusan sekolah seperti kurikulum, kokurikulum ,kewangan , staf dan sebagainya.

Thursday, August 18, 2011

INTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEBAGAI SUATU INOVASI

 Oleh:Ilyana Kamal Bashah

1.0     PENGENALAN

2.0   KEPERLUAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.0    PANDANGAN TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
4.0 PERANAN GURU DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
5.0      KESAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
6.0      MOD PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
7.0      KATEGORI MOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0     PENGENALAN

Peningkatan pengetahuan tentang faktor-faktor yang membantu dalam hal-hal berkaitan pedagogi dan cara terbaik mengaplikasikan teknologi baru ke dalam pendidikan formal telah berkembang selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Topik ini bertujuan, membantu guru meneroka potensi penggunaan Teknologi Maklumat dan membuat keputusan berkaitan keperluan penggunaan Teknologi Maklumat dari aspek jenis dan cara menggunakan Teknologi Maklumat dalam perkerjaan mereka mendidik murid-murid.
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi telah menyumbang kepada perkembangan dunia pendidikan. Penggunaan talian 3D oleh perkhidmatan telekomunikasi seperti Celcom dan Maxis telah merancakkan perkembangannya di Malaysia.
Amalan pendidikan tradisional, tidak lagi dapat membekalkan murid dengan semua kemahiran yang perlu untuk membolehkan mereka bersaing dalam senario perkerjaan masa kini.
Bagi menghadapinya dan untuk terus bersaing, mereka perlu mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah dan menggunakan alat yang sesuai untuk belajar, bertindak secara kolaboratif dan berkomunikasi. Oleh itu, persekitaran pembelajaran masa kini perlu melibatkan strategi-strategi dan alat yang bakal menyediakan murid untuk masa depan mereka.
                                                 
2.0 KEPERLUAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penguasaan bahasa lain selain daripada bahasa ibunda adalah amat digalakkan. Pelajar yang mampu menguasai bahasa lain akan mendapat menafaat yang besar daripadanya. Lebih-lebih lagi penggunaan teknologi maklumat sebagai alat pembelajaran dan pengajaran komunikasi mampu merealisasikan hasrat kementerian pendidikan agar  penguasaan Bahasa Inggeris boleh dipertingkatkan. Sebagai seorang pendidik adalah merupakan tanggungjawab mereka untuk menyahut seruan kerajaan bagi peningkatan dalam bidan pendidikan.
          Para guru tahu bahawa penggunaan Teknologi Maklumat secara bijak, dapat memperkayakan   persekitaran pembelajaran dan membolehkan murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam perkerjaan mereka. Oleh itu, golongan pendidik perlu membuat pertimbangan tentang potensi  teknologi maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran dan menggunakannya dengan cara yang baik.
          Penekanan terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dapat dilihat dari aspek pendedahan yang dijalankan dalam kursus-kursus yang dijalankan oleh instutusi-instutusi  pendidikan guru seluruh negara. Selain menjadi  sebahagian matapelajaran teras kepada kursus asas perguruan di maktab-maktab perguruan.
 Kementerian Pelajaran turut mengadakan kursus-kursus dalam perkhidmatan seperti kursus KSPK Satu Tahun Teknologi Maklumat, Kursus 14 minggu Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan , kursus  satu minggu Aplikasi ICT dalam pengajaran dan Pembelajaran, kursus satu minggu Multimedia Dalam Pendidikan dan kursus Latihan Guru Sekolah Bestari, yang semuanya adalah menjurus kepada peningkatan keupayaan guru menggunakan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Yahudi Vs.Muslim



Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).


Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

p/s: sama-sama kita renungkan...

Dipetik daripada:

 Dr. Farrukh Saleem ,  Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan
(http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html)

Wednesday, August 17, 2011

Jelmaan Syaitan ketika sakaratul maut



Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1

Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Tuesday, August 16, 2011

Hikmah Puasa, untuk kesihatan serta melawan penyakit rohani dan jasmani

Sebagaimana kita tahu, terlalu banyak kematian sekarang ini kerana penyakit dan ramai di kalangan mereka mati ketika di usia muda lagi. Antara pembunuh-pembunuh utama ialah seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya berpunca kebanyakannya dari pemakanan kita sendiri. Sesuailah dengan hadith nabi yang bermaksud , “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“.

Semua perintah Allah S.W.T yang Dia syariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya. Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada HIKMAHnya.

Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan.

Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...