Followers

Tuesday, September 13, 2011

Perubahan Mutakhir dalam Pendidikan- Kearah Proses Pengurusan Kualiti Dalam Pendidikan

Pendahuluan                                                                             

Kualiti dalam Perkhidmatan Awam                                                         
Definisi Kualiti                                                                                     
Kualiti dalam Pentadbiran Pendidikan                                           
Program-Program Peningkatan kualiti Pendidikan                                    

1.    Skim Baucar Tuisyen         
2.    Pendidikan Kolej dan Universiti
3.    Pengkorporatan Universiti Awam Tempatan                                           
4.    Sekolah Bestari      
5.    Pemberian Taraf PTj kepada sekolah-sekolah                                

Bibliografi               



1.         Pendahuluan
Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kauliti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.

Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Intellectual capital akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya koperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia.  Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi.

Justeru itu perubahan tersebut, sama ada secara langsung atau tidak, merupakan faktor pendorong kepada institusi pendidikan untuk melakukan perubahan bagi memastikan sekolah akan dapat terus memainkan peranannya dengan berkesan untuk menyediakan pelajar dengan
kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian bagi menghadapi perubahan tersebut. Negara Malaysia yang harus bersaing dengan negara-negara maju dalam pelbagai segi menuntut pelbagai inovasi pendidikan agar negara dapat bersaing di peringkat global standing dengan negara-negara maju yang lain.

Dewasa ini terdapat berbagai perubahan dalam sistem pendidikan di dunia. Berikutan daripada kemajuan ekonomi yang pesat, banyak negara telah bersungguh-sungguh untuk memperbaiki system persekolahan masing-masing. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Banyak program dan agenda pendidikan telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi mencapai matlamat negara untuk menjadi pusat pendidikan cemerlang dengan menjana modal insan bersifat holistik dan bermutu tinggi.
Program-program yang dilaksanakan tidak sahaja tertumpu kepada pembangunan pendidikan pelajar malah turut memberi perhatian terhadap kebajikan guru dengan melaksanakan pelbagai inisiatif penambahbaikan, khususnya berkaitan dengan peluang kenaikan pangkat dan perjawatan serta menawarkan berbagai kursus bagi meningkatkan profesionalisma perguruan.
Kerajaan menyedari bahawa pendidikan dalam melahirkan modal insan berkebolehan dan berkeupayaan adalah penting. Dalam memastikan perkara ini direalisasi, kualiti pendidikan negara haruslah dipelihara dan sentiasa dilihat terkehadapan kerana generasi yang bakal dilahirkan kelak adalah generasi yang akan mentadbir dan mendukung aspirasi negara dalam menghadapi cabaran globalisasi masa hadapan.
Dalam tugasan ini, perhatian akan tertumpu kepada program-program yang telah dan sedang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran dalam usaha memperkukuhkan kualiti pendidikan  Malaysia supaya seiring dengan negara-negara di dunia.
Tugasan ini memberi perhatian terhadap program dan perubahan mutakhir yang berlaku dalam sistem pendidikan negara seperti berikut:
1) SBT- Skim Baucar Tuisyen
2 ) Pendidikan Kolej dan Universiti Swasta   
3) Pengkorporatan Universiti Awam Tempatan
4) Sekolah Bestari
5) Pemberian Taraf PTj kepada sekolah-sekolah


2.         Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam
Konsep kualiti sebenarnya dipinjam daripada konsep pengurusan. Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) diasaskan oleh Dr. W. Edward Deming, yang dipanggil ke Jepun berikutan usaha membina semula industri Jepun selepas Perang Dunia ke-2. Minat terhadap TQM semakin meningkat sejak kebelakangan ini khususnya dalam pentadbiran kerajaan.
Pihak Kerajaan Malaysia juga sentiasa memberi perhatian kepada usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam yang berkualiti akan mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan cekap, di samping dapat memberikan perkhidmatan-perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai. Dalam usaha ini pihak Kerajaan telah mengambil berbagai langkah seperti menganjurkan latihan tentang pengurusan kualiti, mengadakan seminar dan bengkel serta menerbitkan buku-buku panduan.

Oleh yang demikian itu, pada 30 Julai 1992 kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri telah mengedarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil.1/1992. Pekeliling ini bertujuan memberikan penerangan dan panduan kepada ketua Jabatan tentang konsep pengurusan kualiti menyeluruh dalam perkhidmatan awam. Panduan ini menggariskan beberapa prinsip pengurusan yang penting yang perlu di jadikan amalan oleh Ketua-ketua Jabatan supaya gerakan kualiti di jabatan mereka terus berkembang dan berjalan secara berterusan.

3.         Definisi Kualiti
Covey (1995), mendefinisikan ’kualiti bukan hanya semata-mata nombor, statistik atau peperiksaan, ia lebih merupakan sikap, kepercayaan, nilai dan gaya hidup individu berkenaan’. Menurut Juran, kualiti adalah tahap kesesuaian untuk tujuan penggunaan sesuatu barangan dan perkhidmatan. Menurut Quality Vocabulary (1986) pula, kualiti adalah merupakan keseluruhan sifat dan ciri sesuatu keluaran atau perkhidmatan yang mempengaruhi keupayaan untuk memuaskan keperluan yang tertera (tercatat) secara tersurat atau tersirat.

                  Melihat kepada definisi di atas, dapat difahami bahawa kualiti adalah bersifat abstrak. Setiap individu tidak akan memberi definisi yang sama terhadap kualiti. Seseorang peniaga akan memberikan definisi kualiti yang jelas dengan menggunakan beberapa contoh spesifikasi, standard dan lain-lain alat ukur. Misalnya terdapat beberapa kaedah yang telah dan sedang digunakan bagi mengukur kualiti sesuatu barangan dan perkhidmatan seperti British Standard, American Standard, ASHREA Standard, ISO9000, QS9000, Quality Assurance dan pelbagai istilah yang akan muncul dan digunakan pada masa hadapan. Bagi memastikan kualiti dapat dicapai, TQM digunakan sebagai ’tool’ yang berguna bagi mengukur keupayaan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan agar sentiasa berkualiti.

Namun demikian, pengertian kualiti berdasarkan kepada konsep TQM adalah lebih menerangkan pengurusan sesebuah organisasi, dengan tujuan memastikan organisasi tersebut mampu mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti berdasarkan kepada perspektif pelanggan (terdapat pelanggan luaran dan dalaman).

Walaupun pada asalnya TQM merupakan pendekatan yang diamalkan dalam organisasi perindustrian dan pengeluaran, pendekatan ini telah terbukti boleh  dilaksanakan dalam semua jenis organisasi termasuk sektor perkhidmatan seperti pendidikan (Harvey, 1993). Menurut Gordon dan Partington (dinyatakan dalam Rowley, 1996), kualiti pendidikan merujuk kepada kejayaan sesebuah institusi menyediakan persekitaran pendidikan yang membolehkan pelajar mencapai matlamat pembelajaran serta piawaian akademik secara berkesan.


4.         Kualiti Dalam Pentadbiran Pendidikan

Cabaran utama yang sedang dihadapi oleh sistem pendidikan di Malaysia ialah bagi menyediakan satu perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti, dan seterusnya melahirkan `output’ tenaga manusia yang berketrampilan dan berkemahiran sesuai dengan kehendak pembangunan negara.  Oleh itu sesebuah organisasi yang inginkan kemajuan perlu melakukan penambahbaikan pengurusan dari semasa ke semasa. Penambahbaikan ini boleh dilakukan bagi mana-mana organisasi tidak kira tahap mana pun organisasi itu berada. Bagi organisasi yang masih baru dan sedang berkembang, penambahbaikan perlu dilakukan sepanjang masa. Bagi yang sudah tersohorpun perlu juga penambahbaikan kerana tidak ada satupun yang finit atau kekal.
Institusi pendidikan seperti sekolah juga perlu peka dan terpaksa memberi respons terhadap implikasi perubahan baru yang akan dilaksanakan. Impaknya jelas, dengan perubahan-perubahan model pengurusan sekolah yang dilakukan yang pada akhirnya mewujudkan satu model pengurusan sekolah yang lebih berkualiti. Menurut Drucker (1995), institusi pendidikan perlu respons kepada sebarang reformasi sosial dengan mengambil langkah mendefinisikan semula kualiti, menghasilkan produk pendidikan berkualiti dan memikirkan prosedur kerja yang berkualiti. Ini menggambarkan model pengurusan sekolah yang digunakan selama ini perlukan reformasi selari dengan tuntutan perubahan sosial semasa, kepesatan ICT, dan ekonomi yang sifatnya global.
Dalam struktur pentadbiran pendidikan, konsep amalan TQM tidak ketinggalan di mana Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Piagam pelanggan pada tahun 1993 bagi menghasilkan output dan meningkatkan kecemerlangan kakitangannya. Beberapa langkah telah dibuat bagi meningkatkan pengurusan kualiti dalam sistem pentadbiran pendidikan di Malaysia antaranya ialah:-
1-    Menubuhkan Majlis TQM yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan dan dianggotai oleh kedua-dua Tibalan Menteri serta top six di Kementerian Pendidikan.
2-    Jawatankuasa TQM diwujudkan pada peringkat Bahagian/Jabatan Pendidikan Negeri dan badan-badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan.
Mengikut kenyataan Y.B Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang dipetik dalam Mohd Tajuddin (1997) beliau menyatakan bahawa untuk mengukuhkan lagi perlaksanaan TQM dalam struktur pentadbiran, terdapat juga standard kualiti proses dan hasil kerja yang diterapkan dalam jabatan dan juga maktab.    

5.         Program-Program Peningkatan Kualiti Pendidikan
Pendidikan di Malaysia telah berkembang secara revolusi dan evolusi mengikut peredaran  masa dan zamannya. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai proses telah dilalui bagi meningkatkan kualiti dan memenuhi aspirasi dan  keperluan negara. Sehingga kini proses perkembangan tersebut berterusan lagi iaitu untuk memartabatkan kecemerlangan pendidikan negara di persada dunia. 
Bagi meningkatkan kualiti pendidikan, kerajaan telah menggariskan aras kualiti pendidikan dengan merangka satu pelan iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dalam mencapai hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran. Oleh itu, segala perancangan dan program-program Kementerian Pelajaran tidak lari daripada aspirasi Kementerian Pelajaran dalam membawa perubahan dan inovasi dalam bidang pendidikan. Dalam tempoh 15 tahun akan datang KPM berhasrat:-

·         Membangunkan modal insan dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia yang maju
·         Memastikan akses, ekuiti dan kualiti yang menjadi tunjang agenda pendidikan dapat diteruskan
·         Merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia pada Tahun 2020

Dalam rangka meningkatkan kualiti pendidikan negara, Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah dengan cara menggabungkan falsafah konservatif dan liberal dalam pedagogi. Ini dapat dilihat dengan cadangan untuk memberikan sedikit kelonggaran bagi sekolah untuk menguruskan sendiri premis mereka dan menggalakkan sekolah memperkenalkan unsur-unsur ketrampilan/kemahiran dalam akademik. Perubahan-perubahan yang dimaksudkan antaranya ialah memperkenalkan Skim Baucar Tuisyen, pemberian taraf PTj kepada sekolah-sekolah, Pengkorporatan Universiti Awam Tempatan, memberi kelonggaran dan tempat kepada pendidikan swasta untuk berkembang serta memperkenalkan sekolah bestari dan banyak lagi pembaharuan dalam memastikan pendidikan di Malaysia akan terus memainkan peranannya dengan berkesan bagi menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian menghadapi cabaran globalisasi dan menjamin negara mampu setaraf dengan negara-negara lain di masa hadapan.

Antara program dan perubahan yang dilakukan oleh KPM bagi meningkatkan kualiti pendidikan ialah seperti berkut:-


1.            Skim Baucar Tuisyen

1.1       Pengenalan

Berbagai strategi kecemerlangan pendidikan telah dilaksanakan sama ada di peringkat kementerian, negeri, jabatan, sekolah dan juga individu, yang pastinya menuntut sokongan penuh yang tidak berbelah bagi daripada para pendidik. Salah satu strategi atau program berkenaan ialah perlaksanaan Skim Baucar Tuisyen (SBT) iaitu salah satu  program kerajaan untuk membela nasib dan masa depan pelajar golongan miskin dari segi peningkatan dan kecemerlangan pendidikan. Program ini bertepatan dengan Teras Strategik PIPP yang ketiga dan keempat iaitu ‘Memperkasakan Sekolah Kebangsaan’ dan ‘Merapatkan Jurang Pendidikan’ antara bandar dan luar bandar .
Skim Baucar Tuisyen (SBT) merupakan salah satu  strategi Kementerian Pelajaran yang dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid golongan miskin terutama di luar bandar di peringkat awal pendidikan. Ini adalah kerana pada peringkat ini perkembangan murid tersebut dianggap paling kritikal dalam menentukan pencapaian dan masa depan mereka. SBT dilaksanakan melalui konsep kerjasama antara kerajaan atau sekolah, guru-guru tuisyen dan juga ibu bapa dengan memberi peluang kepada murid miskin yang lemah atau ter-kebelakang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk mengikuti tuisyen ini.
SBT merupakan satu bentuk intervensi pendidikan di mana kelas tuisyen dijalankan dalam bentuk kelas pemulihan secara berstruktur dan terancang. Ini adalah untuk membolehkan murid tersebut menguasai  pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan. Melalui program ini kerajaan mengharapkan supaya peluang dan pencapaian di antara murid daripada keluarga miskin dan murid golongan berada akan dapat diseimbangkan dan seterusnya sama-sama dipertingkatkan.
Pada mulanya, hasrat yang membawa kepada pelaksanaan Skim Baucar Tuisyen (SBT) telah dinyatakan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Menteri Kewangan (pada masa itu) dalam pembentangan Bajet 2003-04 di Dewan Rakyat pada 20 September 2002. Akhirnya pelaksanaan SBT telah menjadi kenyataan  apabila  diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sempena lawatan beliau ke Kementerian Pelajaran pada 30 Disember, 2003, di mana arahan pelaksanaannya terkandung dalam Surat Pekeliling Iktisas Bil 1/2004 yang bertarikh 19 Februari, 2004. Dengan itu pelaksanaan SBT telah bermula pada minggu ke empat bulan Mac 2004.
1.2       Konsep program SBT
Skim Baucar Tuisyen merupakan satu program dalam bentuk intervensi pendidikan yang dilaksanakan melalui kerjasama antara kerajaan dan guru-guru dengan memberi peluang kepada murid miskin yang lemah atau terkebelakang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk mengikuti kelas tuisyen seperti yang banyak dilaksanakan  sebelum ini di  institusi pendidikan seperti sekolah.
Dalam program SBT ini, pelaksanaan kelas tuisyen dijalankan oleh guru-guru tuisyen dalam bentuk kelas pemulihan secara berstruktur dan terancang bagi membolehkan murid berkenaan menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.  Skim ini disasarkan kepada murid warganegara Malaysia daripada keluarga berpendapatan bulanan di bawah paras kemiskinan yang belajar di tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan.
Di bawah skim ini, ibu bapa murid tersebut diberi bantuan baucar tuisyen melalui sekolah untuk membolehkan ibu bapa murid berkenaan membayar khidmat tuisyen yang diberikan kepada anak-anak mereka. Oleh itu, harapan KPM melalui skim ini “contact hours” murid dan guru bertambah, dengan itu banyak masa boleh digunakan oleh guru untuk bimbingan, perbincangan dan tujuan-tujuan lain  yang berkaitan dengan pembelajaran murid berkenaan. Selain itu  murid akan mendapat keyakinan dan motivasi untuk memperbaiki kelemahan mereka dan menguasai pengetahuan dan kemahiran asas akan meningkat. Dalam hal ini pihak KPM mengharapkan penyertaan murid daripada keluarga miskin akan mengurangkan jurang pencapaian dan ini akan meningkatkan jumlah murid untuk mendapat pendidikan yang lebih baik.
Melalui skim ini juga guru-guru yang memberikan tuisyen akan mendapat bayaran sebagai insentif ke atas usaha mereka. Bayaran ini adalah merupakan pengiktirafan kerajaan ke atas guru-guru yang rajin dan telah sekian lama memberikan kelas tambahan atau tuisyen kepada murid daripada keluarga miskin sama ada secara sukarela, percuma atau secara sagu hati. Jelas sekali, skim ini bukan sahaja membawa banyak kebaikan kepada pelajar, tetapi  merupakan pendapatan tambahan kepada guru-guru tuisyen. 

1.3       SBT Meningkatkan Kualiti Pembelajaran
Skim Baucar Tuisyen (SBT) merupakan salah satu program sokongan yang secara umumnya diwujudkan  bagi membantu pelajar supaya lebih bersedia dari segi  fizikal dan mental untuk meningkatkan kualiti kecemerlangan dalam bidang kurikulum atau ko-kurikulum dan meminimumkan kadar keciciran terutama pelajar yang datangnya daripada keluarga miskin atau berpendapatan rendah. Antara program sokongan yang sedia ada ialah seperti kemudahan Asrama Sekolah, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Program Bimbingan dan Kaunseling, Biasiswa dan Pinjaman, Program Bersepadu Sekolah Sihat, Program Pemakanan Tambahan, Program Susu Sekolah dan banyak lagi.
Matlamat utama Kementerian Pelajaran membangunkan program sokongan antara lain ialah;
(a)          meningkatkan kualiti kecemerlangan pendidikan pelajar terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah
(b)         menyediakan program dan skim yang boleh membantu pelajar lebih bersedia ke sekolah;
(c)          meminimumkan kadar keciciran;
(d)          memastikan pelajar terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat peluang pendidikan yang sama dengan pelajar lain
(e)          memastikan pengurusan program sokongan pendidikan lebih cekap dan berkesan

Dalam melaksanakan program SBT, KPM telah menggariskan beberapa manual kerja guru bagi memastikan kualiti pembelajaran kelas tersebut terjamin, berkesan dan mencapai matlamat. Oleh yang demikian, setiap guru tuisyen hendaklah  bersedia dari segi berikut iaitu ;
(a)          jadual waktu kelas tuisyen dan tarikh kelas tuisyen dijalankan,
(b)         rekod mengajar yang mengandungi maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran (tajuk dan aktiviti), senarai nama murid, kehadiran murid ke kelas tuisyen dan pencapaian murid; dan
( c)       rekod bulanan bilangan baucer yang diterima daripada murid dan bilangan
baucar yang dituntut daripada sekolah

Tujuan utama Kementerian Pelajaran melaksanakan SBT  adalah bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid dengan cara;
(a)                memberi kelas bimbingan tambahan atau tuisyen kepada murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.
(b)               Melalui SBT kualiti pembelajaran meningkat oleh sebab:
i.              “contact hours” murid dan guru akan bertambah;
ii.             keyakinan dan motivasi murid untuk memperbaiki kelemahan mereka dan menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran akan meningkat;
iii.            jurang pencapaian antara murid daripada keluarga miskin dan berada akan berkurangan; dan
iv.           kadar pernyertaan murid daripada keluarga miskin pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi akan meningkat.

(c)     SBT adalah merupakan satu pengupayaan kepada ibubapa daripada golongan miskin                  supaya anak-anak mereka yang lemah dalam pelajaran juga berpeluang menikmati
          perkhidmatan tuisyen yang selama ini di luar kemampuan ibu bapa.
(d)        Bagi sekolah, SBT adalah merupakan satu skim bersumber tahunan yang akan membantu sekolah dalam memberikan kelas tuisyen kepada murid miskin yang lemah, terutamanya bagi sekolah yang kekurangan sumber dan sokongan luar seperti sekolah-sekolah di luar bandar dan kawasan penduduk miskin.
Kesimpulan
Pada keseluruhannya, amat jelas Skim Baucar Tuisyen (SBT) adalah program pendidikan yang perlu dijalankan dengan baik dan bersungguh-sungguh, serta telus kerana program ini merupakan salah satu strategi pendidikan yang bertujuan meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan khususnya pelajar luar bandar daripada keluarga yang berpendapatan rendah supaya mereka mampu belajar dan menghadiri kelas tambahan sebagaimana rakan-rakan lain di bandar. Pelaksanaannya akan membawa kebaikan kepada semua pihak terutama kepada pihak sekolah, guru-guru tuisyen dan juga ibu bapa. Oleh itu, perhatian, komitmen dan tanggungjawab semua pihak  amat diperlukan untuk menjayakan pelaksanaannya.

2.         Pendidikan Kolej dan Universiti Swasta   
2.1       Pengenalan
Pada masa kini pendidikan swasta berkembang di Malaysia dari segi jumlah, jenis, saiz dan skop pengajian. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan mengamalkan dasar pendidikan liberal yang menggalakkan institut pengajian luar negara datang membawa francais pendidikannya ke negara ini dengan kos pelajaran yang lebih murah jika dibandingkan dengan kos yang akan dibayar oleh pelajar negara ini jika belajar di negara tersebut. Ini ditambah dengan keghairahan syarikat-syarikat gergasi swasta mahu pun awam menubuhkan kolej-kolej pendidikan swasta yang mengadakan program-program berkembar dengan university-universiti luar negara.
Memandangkan Malaysia sedang menuju kearah menjadi negara perindustrian dan negara maju, permintaan tenaga kerja professional dan mahir oleh sector perindustrian dan perdagangan menjelang tahun 2020 menjadi tinggi. Ini menjadi faktor utama kerajaan membuat perubahan dalam bidang pendidikan dengan memberi kelonggaran kepada pihak swasta memandangkan kolej dan Institut Pengajian Tinggi Awam tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai bagi satu-satu masa.
Oleh yang demikian, beberapa jenis institut pendidikan, kolej dan universiti swasta ditubuhkan bagi memenuhi keperluan individu dan masyarakat.
2.2       MQA menjamin kualiti pendidikan swasta
Dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara termasuk Pelan Tindakan 2007-2010, kualiti menjadi agenda utama. Bagi menjamin kualiti institusi pendidikan swasta , Pada Disember 2005, badan pengukur dan penilai sistem pendidikan tinggi negara telah dirombak semula, daripada Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang bertanggungjawab menyelaras program yang ditawarkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam mahupun IPT Swasta, kepada Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Agency (MQA). Oleh itu, kabinet meluluskan pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan penubuhan MQA melalui gabungan LAN dan Bahagian Jaminan Kualiti.

Penggubalan semula sistem itu adalah sejajar dengan tuntutan program pendidikan kini yang berubah mengikut keperluan bagi memenuhi tenaga profesional semasa. MQA yang diluluskan jemaah menteri telah dilaksanakan menerusi Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualification Framework (MQF) dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, sebagai Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sebuah agensi tunggal yang akan menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi sektor awam serta swasta, ditubuhkan sebagai usaha memperkukuhkan jaminan kualiti sistem pengajian tinggi negara. Penubuhan MQA bukan menggantikan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) atau penjenamaan semula LAN tetapi satu kesinambungan, pengembangan dan perluasan fungsi, tanggungjawab dan tugas jaminan kualiti serta akreditasi pengajian tinggi yang dilaksanakan oleh LAN sejak 10 tahun lepas.

Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan MQF yang berperanan sebagai perlembagaan pendidikan tinggi negara dengan menetapkan kriteria, standard dan hasil pembelajaran bagi setiap peringkat kelayakan. Bagi menjamin kepakaran dan profesionalisma kakitangan MQA telah meningkatkan latihan para pegawainya dan anggota panel penilai dalam bidang jaminan kualiti dengan melaksanakan kerjasama dengan negara luar seperti United Kingdom, New Zealand dan Australia. MQA juga berusaha kearah pembentukan jaringan jaminan kualiti pengajian tinggi di rantau Asia Tenggara.

2.3       Peranan Pendidikan Swasta dalam Meningkatkan Kualiti Pendidikan
Pada masa kini institut pengajian tinggi awam tidak lagi dapat menampung permintaan pelajar yang layak melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi tempatan. Menurut Menteri Pendidikan yang dipetik:
“ Kerajaan tidak dapat menampung kekurangan kira-kira 150,000 tempat belajar di peringkat pendidikan tinggi. Beliau seterusnya menerangkan bagi setiap 100 orang yang layak, pusat pendidikan tinggi di Negara ini mampu menawarkan tempat kepada 33 atau 34 pelajar sahaja”
                                                                                                (Berita Harian, 4 November 1992)
Institusi pendidikan swasta memainkan peranan sebagai pelengkap institusi pendidikan awam dan membantu meningkatkan kualiti pendidikan negara. Antara peranan institusi pendidikan swasta tersebut ialah:-
1) Institusi pendidikan swasta membantu institusi pendidikan awam dalam melatih tenaga professional dan mahir.
Sebagai aternatifnya pelajar-pelajar ini terpaksa melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan swasta yang menawarkan program berkembar atau mengikuti kursus-kursus profesionalisma seperti undang-undang, perakaunan dan kejuruteraan anjuran institusi pendidikan swasta dengan kerjasama badan-badan profesionalisma dalam dan luar negeri.Dengan ini juga institusi pendidikan swasta dapat membantu institusi pendidikan awam dalam melatih  tenaga professional dan mahir bagi menampung permintaan sector perindustrian dan perdagangan yang sedang pesat berkembang.
2) Menyediakan kursus yang tidak dapat disediakan oleh institusi pendidikan awam
Menteri Pendidikan Malaysia menyeru supaya sektor swasta supaya memainkan peranan yang lebih cergas dalam pembangunan pendidikan negara khususnya menyediakan kursus yang tidak dapat disediakan oleh kerajaan (Berita Harian,4 November 1992).
Mengikut Rancangan Malaysia ke-6 (1991), pada tahun 1995, dianggarkan seramai 60,000 pelajar belajar di institusi pengajian tinggi di luar negeri. Bilangan pelajar Malaysia yang belajar di luar negeri mengakibatkan aliran tukaran wang asing kira-kira RM 1.2 billion setahun (Kerajaan Malaysia, 1986). Melalui penubuhan institusi-institusi pendidikan swasta yang menawarkan program-program berkembar dan kursus-kursus professional menyebabkan bilangan pelajar yang yang melanjutkan pelajaran ke luar negeri menurun kepada 52,000 orang sahaja (Kerajaan Malaysia, 1991)
Dengan maksud lain, apa-apa pendidikan atau kursus yang tidak dapat disediakan oleh institusi pendidikan awam maka institusi pendidikan swasta perlu menawarkannya. Pendapat ini disokong oleh Prof Ishak Baharom (1992) yang mengatakan:
            “ Ciri utama latihan anjuran swasta ini adalah ia cepat menawarkan kursus latihan mengikut permintaan pasaran tenaga kerja. Misalnya kursus-kursus berhubung dengan komputer dengan cepat di adakan di bandar-bandar dibandingkan dengan institusi awam milik kerajaan”
Dengan adanya institusi pendidikan swasta, pelajar-pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran di universiti awam tempatan tetapi berkelayakan akan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di universiti dan kolej swasta yang menawarkan pelbagai kemahiran. Dengan ini jumlah tenaga kerja profesional dan mahir negara bertambah. Negara juga akan dapat memenuhi permintaan tenaga kerja mahir dan profesional serta dapat menambah kadar jumlah rakyat yang berpendidikan tinggi.
3) Mempunyai kualiti yang setaraf dengan universiti atau institusi luar negeri.
Kebanyakan kolej atau universiti swasta mengadakan program berkembar atau penukaran program dengan universiti atau kolej luar negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Oleh yang demikian pelajar harus dan mesti menguasai bahasa Inggeris dalam setiap kursus yang ditawarkan. Secara tidak langsung, untuk menguasai sesuatu ilmu, mereka perlu menguasai Bahasa Inggeris terlebih dahulu.
Selain itu pelajar-pelajar di institusi swasta tidak terhad kepada pelajar dalam kalangan rakyat Malaysia sahaja. Kebanyakan universiti atau kolej swasta telah dapat menarik kemasukan pelajar dari luar negeri seperti China, Indonesia, Brunei, Afrika dan Timur Tengah bagi belajar di Malaysia tanpa melanjutkan pelajaran di negara seperti Amerika, United Kingdom dan Australia terutama selepas peristiwa 11 Sptember 2001. Selain itu mereka juga tertarik untuk datang belajar disebabkan kos pembelajaran yang rendah berbanding dengan kursus yang ditawarkan di negara-negara tersebut.  Ini menjadikan pemikiran dan cara menangani sesuatu tugasan juga lebih bersifat global akibat asimilasi dan pergaulan dengan pelajar-pelajar berlainan negara. Oleh itu pelajar-pelajar yang belajar di institusi swasta lebih mempunyai daya saing yang tinggi, pemikiran yang global dan menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
2.3       Kesimpulan:
Institusi pendidikan swasta membantu Negara menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia. Ianya sekaligus dapat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan dapat meningkatkan martabat pendidikan Malaysia di peringkat antarabangsa.

3.         Pengkorporatan Universiti Awam Tempatan
Pengkorporatan universiti awam tempatan adalah pendekatan baru oleh kementerian pendidikan ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan di Malaysia bertaraf global dan menjadikan universiti awam tempatan sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di Rantau Asia ini. 
Isu pengkorporatan university awam ini sebenarnya bukan perkara baru  kerana ia pernah dicadangka pada 17 tahun yang lalu dengan harapan data meningjkatkan kualiti pendidikan dan membina masyarakat berilmu. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini timbul perbahasan yang hangat mengenai perkara ini.
3.1       Definisi Pengkorporatan
Perkataan pengkorporatan mengelirukan dan sering disalah tafsir oleh masyarakat umum, kakitangan akademik dan pelajar sehingga ada yang menganggap universiti awam tempatan menjadi sebuah syarikat sendirian berhad dan semua hartanya dijual kepada individu korporat bagi mendapatkan keuntungan.
Mengikut Abdullah Sanusi Hj Ahmad “Pengkorporatan berbeza dengan penswastaan. Dalam kerajaan, pengkorporatan adalah langkah pertama ke arah penswastaan. Tetapi dalam kes universiti, ia adalah pengkorporatan.” (News Strait Times, Nov,9, 1995)
            Oleh itu konsep kerajaan mengenai pengkorporatan universiti awam tidak sama seperti konsep penswastaan agensi-agensi kerajaan yang lain. Sbalinya pengkorporatan di sini lebih bersifat kepada  “ perbadanan”. Tegasnya university awam tempatan bukan diswastakan atau dijadikan university swasta. Datuk Seri Dr. Mahatir Mohamad sendiri memberi jaminan kerajaan masih terlibat secara langsung dengan pentadbiran Universiti walau pun ia diperbadankan dan kerajaan tidak membiarkan mana-mana pihak menumpu kepada kepentingan mereka semata-mata sahaja. (New Straits Time Nov,10,1995)
3.2       Tujuan Pengkorporatan Universiti Awam tempatan  
Kesemua universiti awam tempatan sebenarnya berada dalam status korporat atau pun status badan berkanun di mana ia sememangnya mempunyai kuasa autonomi dari segi pengurusan dan kewangan seperti yang termaktub dalam akta universiti dan Kolej 1971. Tetapi kuasa itu tidak dapat dilaksanakan sejak kerajaan menyeragamkan dasar-dasar perkhidmatan, perjawatan dan saraan kepada pekerja-pekerja sektor awam. Pada masa yang sama universiti awam tempatan bergantung hampir sepenuhnya pada peruntukan kerajaan dari segi kewangan.
            Ini menyebabkan Universiti Awam Tempatan tidak mempunyai kuasa autonomi dari segi pentadbiran dan kewangan. Oleh itu keputusan kerajaan perlu mengkorporatkan universiti awam bagi menjadikan universiti ini mempunyai kuasa autonomi dari segi pengurusan, perkhidmatan dan kewangan. Selain itu ia dapat melepaskan skim perkhidmatan dan perjawatan universiti awam tempatan daripada cengkaman Jabatan Perkhidmatan Awam yang selama ini menjadi salah satu faktor penghalang pada pergerakan dan pembangunan universiti awam tempatan.
            Keputusan pengkorporatan juga bertujuan mengurangkan pergantungan kewangan universiti awam tempatan dan seterusnya membuka peluang kepada skim perkhidmatan sendiri. Mengikut Menteri Pendidikan
“ sudah sampai masanya kita mengambil langkah mengkorporatkan IPTA apabila kita hendak menjadi negara maju serta berkembang. Salah satu kaedah mencapai matlamat itu melalui pengkorporatan Institusi Pengajian Tinggi supaya dapat berkembang ke skop yang lebih luas”                                                                                             (Utusan Malaysia,.sep.11,1995,.)
Menurut beliau lagi, bagi menjadi sebua Negara maju, Malasia memerlukan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada rakyatnya berkelulusan Universiti. Buat masa ini Malaysia Cuma 14 peratus rakyat Negara ini berkelulusan dari Universiti atau institusi pengajian tinggi. Langkah perkoporatan juga perlu bagi menentukan Malaysia tidak ketinggalan dalam persaingan global. Oleh itu perkoporatan dapat menjadikan Universiti Awam tempatan sebagai pusat keceerlangan dalam melahirkan mahasiswa yang berketrampilan  dari segala aspek.
Pengkorporatan juga dapat melengkapkan unversiti awam tempatan sebagai gedung ilmu yang mempunyai daya saing yang selaras dengan kemajuan Negara dan menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bermutu dan efisien kepada pelajar-pelajar.
3.3       Kelebihan  Pengkorporatan Universiti Awam tempatan dalam Meningkatkan Kualiti Pendidikan
3.3.1    Pengurangan kos daripada kerajaan pusat
Langkah pengkorporatan university awam dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan pusat yang dianggarkan berjumlah RM130 hinga RM180 juta setahun kepada sesebuah university tempatan.
            Misalnya kertas cadangan projek pelan tindakan pengkrporatan Universit Malaya yan dibentangkan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, mengatakan Universiti Malaya mendapat sebanyak RM221 juta setahun mulai 1996 apabila Univesiti Malaya dkorporatkan (Utusan Malaysia, April 22, 1995).
            Ini bermakna kerajaan dapat berjimat sebanyak RM 200 juta setahun dari Universiti Malaya sahaja. Dengan ini kerajaan dapat menggunakan peruntukan wang dari Universiti Malaya untuk disalurkan dan dibelanjakan pada projek-projek pendidikan yang lain.



3.3.2    Kuasa Autonomi dalam Pengurusan kewangan
Pengkorporatan university awam member kuasa autonomi dalam pengurusan kewangan daripada kerajaan. Rang Undang-undang AUKU (Pindaan 1995), Akta Universiti dan Kolej 1971 dipinda oleh Parlimen. Mengikut akta ini university awam boleh menubuhkan syarikat bagi mengambil alih beberapa kegiatan yang mendatangkan pulangan kepada university (Salleh lebar,2000).
            Contohnya sebelum akta ini dipinda, pihak university Malaya terpaksa menutup syarikat stesen minyaknya dan menyerap semua syarikat penerbitan dan percetakannya sebagai sebuah jabatan university kerana menyalahi undang-undang university awam. Tetapi selepas pindaan Akta AUKU (pindaan 1995), university awam tempatan dibenarkan menubuhkan syarikat perniagaan bagi mendapatkan wang sendiri.
            Bahkan university awam pada masa kini digalakkan mencari kewangan sendiri melalui yuran pelajar, menyewakan kemudahan yang terdapat di university kepada orang awam dan penjualan hak cipta penemuan-penemuan penyelidikan kepada pada syarikat swasta atau pun sector perkilangan.
3.3.3    Sistem pengurusan dan perkhidmatan bebas dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Apabila university awam dikorporatkan ia mempunyai system pengurusan dan perkhidmatan yang jauh lebih bebas dari Jabatan Perkhidmatan Awam. Oleh itu soal lantikan kakitangan akademik atau kakitangan sokongan dapat dibuat oleh pihak university dengan lebih cepat tanpa memerlukan JPA. Soal gaji pula pihak university dapat menawarkan gaji yang lebih fleksibel kepada calon-calon yang berkelayakan dan berpengalaman yang mahu berkhidmat dengan university awam.
Selain itu segala urusan yang tiada berkaitan dengan akademik seperti tempat tinggal pelajar, pengurusan harta benda, pebagai perkhidmatan sokongan yang lain diuruskan oleh anak syarikat atau diswastakan. Dengan ini pihak pengurusan university awam tidak perlu lagi memikirkan soal sampah sarap, tukang kebun, tukang masak, pemandu, pengawal keselamatan dan sebagainya. Sebaliknya ia dapat menumpukan sepenuh pemikiran kepada soal-soal kecemerlangan akademik.
Melalui pengkorporatan juga system pengurusan universiti awam tempatan mengalami perubahan iaitu dari system yang terikat kepada peraturan dan prosedur kerajaan kepada system pengurusan yang lebih bebas dan bertindak dengan cekap dalam menangani perubahan mengikut keperluan semasa dan akan datang sama ada diperingkat kebangsaan atau pun antarabangsa.
3.3.4    Skim gaji yang lebih lumayan
Pengkorporatan Universiti Awam memboehkan kakitangan akademik dan kakitangan yang lain mendapat gaji yang lebih baik. Ini bermakna pihak university membayar gaji melalui skim gaji baru tersendiri yang ditetapkan oleh Universiti tanpa terikat dengan syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan oleh JPA.
            Contohnya di Universiti Malaya semua kakitangan akademik dan bukan akademi menerima kenaikan gaji sebanyak 20 peratus hingga 22 peratus dan kakitangan yang berada dalam skim pencen tidak kehilangan pencen mereka tetapi bakal menikmati pencennya selepas bersara nanti. Walau bagaimanapun, skim gaji baru bagi kakitangan akademik dan sokongan di university Malaya tidak dapat dilaksanakan buat sementara waktu kerana kegawatan ekonomi.
            Selain itu, kakitangan akademik mempunyai peluang kenaikan pangkat yang lebih luas dimana skim perkhidmatan dan lantikan kakitangan akademik bertambah dari tiga kategori kepada enam kategori iaitu Penolong Pensyarah, Pensyarah,Pensyarah Kanan, Professor Madia, Professor dan Professor Kanan, manakala jawatan tutor diserapkan kejawatan tetap. Skim gaji baru ini dijangka dapat mengekang masalah penghijrahan kakitangan akademik ke sector swasta dan IPTA dapat menarik minat pakar-pakar dalam bidang tertentu dari sector awam atau pun sector swasta bagi menceburi profesion pensyarah.
3.4  Pengkorporatan Meningkatkan Kualiti Universiti dan Pendidikan
3.4.1    Budaya Kerja yang lebih baik
Pengkorporatan membawa perubahan budaya kerja kakitangan yang sesuai denan budaya pengkorporatan. Ini bermaksa semua kakitangan di university awam tempatan di semua peringka sama ada terlibat dalam akademik atau pun pengurusan lebih komited pada masa hadapan. Di samping itu system penilaian pelajar yang diperkenalka member peluang kepada pelajar-pelajar menilai pensyarah. Ini membolehkanuniversiti menjejaki kelemahan-kelemahan yang ada dalam system penilaian dan kenaikan pangkat akademik.
            Ini disebabkan produktiviti menjadi krateria utama. Pensyarah yang dikira tidak produktif dan bermasalah ditamatkan perkhidmatannya. Dengan ini university dapat melahirkan pensyarah-pensyarah yang beriltizam dan mampu melahirkan graduan yang kreatif dan inovatif serta mampu bersaing dan berjuang dalam menghadapi dunia yng sentiasa berubah dan bergolak.
3.4.2    Memperbanyakkan kursus-kursus baru  
Dalam rancangan pengkorporatan university awam tempatan beberapa kursus baru ditawarkan terutama yang mempunyai daya tarikan dan nilai komersial dan bakal memenuhi citarasa pelajar-pelajar tempatan dan luar negeri. Misalnya Universiti Malaya menawarkan beberapoa kursus-kursus seperti kursus alam bina, sains sukan, perniagaan da perakaunan, farmasi, teknologi maklumat dan computer dan pengajian awal kanak-kanak. Dengan ini kemajuan dalam bidang ilmu it uterus dicapai dengan jayanya. Secara tidak langsung university dapat melahirkan lebih ramai graduan yang bermutu serta berkebolehan tinggi sesuai dengan kehendak pasaran guru dalam dan luar negara.
3.4.3    Peningkatan Pengambilan Pelajar setiap Tahun.
Pengkorporatan university awam tempatan bermakna IPTA mempunyai sumber kewangan  yang banyak bagi menyediakan dan membina bangunan an infrastrutur yang baru Dengan ini IPTA daa mengambil lebih ramai lagi pelajar-pelajar eajar di university dalam negeri dan di university luar negeri disebabkan kegawatan ekonomi.
            Contonya Universiti Malaya mengambil seramai 16 000 pelajar tempatan pada tahun 1996 berbandin 12852 pelajar pada tahun 1994. Selain itu juga university ni menerima seramai 200 pelajar asing dan pada tahun 2000 seramai 20 000 pelajar belajar di Universiti Malaya.Beitu juga keadaan pengambilan pelajar-pelajar di university-universiti awam tempatan yang lain terus bertambah.
            Tidak dapat dinafikan, pengkorporatan university tempatan dapat mengubati kesedihan ramai pelajar yang kecewa kerana tidak dapat diterima masuk ke university pada masa lalu dan kini berpeluang memasuki university pula. Dengan ini pula ia dapat menyekat kebanjiran pelajar belajar ke luar Negara dan sebaliknya belajar di university tempatan. Oleh itu ia dapat menyelamatkan pengaliran wang yang banyak ke luar Negara dan akhirnya dapat memperbaiki imbangan pembayaran negara.  
3.4.4    Peningkatan kemudahan fizikal dan infrastruktur
Universiti Awam Tempatan perlu mempunyai infrastruktur dan kemudahan fizikal yang baik apabila ingin menarik pelajar tempatan mahupun luar negeri. Ini dapat dilakukan dengan jayanya apabila unversiti awam tempatan dikorporatkan. Contohnya jumlah tandas di university Malaya adalah sebanyak 700 buah dan suku daripadanya telah rosak sedangkan bilangan pelajar semakin bertambah. Tempat tinggal pula tidak mencukupi bagi menampung penginapan  pelajar yang semakin ramai.
            Melalui pengkorporatan masalah ini dapat diselesaikan malah mampu menyediakan kemudahan-kemudahan yang lebih canggih dan bermutu. Universiti Malaya juga mempunyai pelan Induk pembangunan jangka panjang dan jangka pendek bagi seluruh kampus. Terdapat 25 projek pembangunan yang sedang berjalan dan melibatkan belanja lebih 200 juta.
            Antaranya adalah projek bekalan air pusat, bangunan Akedemik Pengajian Islam, bangunan baru Fakulti Undang-undang, bangunan Pusat Sukan, tambahan fakulti perubatan dan Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya juga melaksanakan program pengkomputeran bagi system maklumat pelajar, kewangan, peperiksaan dan perpustakaan bagi kemudahan kakitangan akademik dan pelajar.
3.4.5    Persaingan Positif antara Universiti Awam dan Swasta
Institut Pengajian Tinggi swasta (IPTS) mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan mampu menarik ramai pelajar dan juga pensyarah berkhidmat dengannya. IPTS juga mempunyai kemudahan yang canggih serta moden dan mampu membayar gaji yang lebih baik kepada pensyarah.
            Begitu juga kursus yang ditawarkan sesuai dengan kehendak pasaran dan Negara. Oleh itu university awam tempatan perlu berani mengubah beberapa kursus yang tidak lagi sesuai dengan keperluan pasaran dan kehendak Negara.
3.5       Kesimpulan:
Pengkorporatan university awam tempatan jelas memberi banyak kesan positif dalam meningkatkan kualiti pendidikan university itu sendiri. Walau pun terdapat beberapa kesan negatif, namun kesan positif atau kebaikan pengkorporatan lebih banyak daripada keburukan kepada pelajar dan pensyarah serta universiti.

  4.       Sekolah Bestari

Sekolah Bestari merupakan salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilaksanakan pada tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan.

Sekolah Bestari membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

4.1       Latar Belakang dan Konsep Sekolah Bestari
Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebaga satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi proses pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran-pembelajaran, iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran-pembelajaran, direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.
Sekolah Bestari adalah satu institusi pembelajaran yang menyediakan murid untuk zaman maklumat. Maka, institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat dengan mengembangkan kemahiran generik yang membolehkan pelajar memperoleh, menganalisis, menilai, mentafsir, mensintesis dan menyampai atau menyebar maklumat.
Pengurus Sekolah Bestari dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu bapa, komuniti, dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan telah memainkan peranan yang Iebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak ini sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran, dan sebagainya.

4.2       Objektif Penubuhan Sekolah         
Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan terdiri daripada yang berikut:
·                     Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
·                     Mendemokrasikan pendidikan
·                     Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
·                     Memupuk perkembangan menyeluruh individu
·                     Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu.

4.3       Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari
Komponen utama dalam Penyelesaikan Bersepadu Sekolah Bestari yang disediakan dan dilaksanakan oleh Telekom Smart School Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:
·                     Bahan Pengajaran-Pembelajaran dalam bentuk perisian kursus dan bahan bercetak untuk empat mata pelajaran yang berikut:
o        Bahasa Melayu
o        Bahasa lnggeris
o        Sains
o        Matematik

·                     Sistem Pengurusan Sekolah Bestari yang terdiri daripada perisian untuk fungsi
            pengurusan dan pentadbiran yang berikut:
o        Governan Sekolah
o        Pengurusan Hal-Ehwal Murid
o        Pengurusan Sumber Pendidikan
o        Pengurusan Kewangan
o        Pengurusan Sumber Manusia
o        Pengurusan Sumber Luar
o        Pengurusan Kemudahan
o        Pengurusan Teknologi
o        Pengurusan Asrama

Infrastruktur Teknologi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian sistem, dan peralatan bukan-IT
·                     Integrasi Sistem bagi memastikan kesepaduan yang berikut:
o        antara Sistem Pengurusan Sekolah, Bahan Pengajaran dan Pembelajaran, dan lnfrastruktur Teknologi dalam Sekolah Rintis dan Pusat Data,
o        antara proses dalam Sistem Pengurusan Sekolah,
o        antara proses dalam Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
      • antara Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran
o        integriti data dan persekitaran selamat
      • antara Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dan aplikasi lain dalam Aplikasi Perdana projek Koridor Raya Multimedia
    • Perkhidmatan Sokongan, iaitu perkhidmatan Meja Bantuan dan Penyenggaraan dan Sokongan.

Bagi memastikan projek Sekolah Bestari ini berjalan dengan baik, satu projek rintis bagi Sekolah Bestari telah diadakan. Kos keseluruhan Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama ini ialah tiga ratus juta Ringgit Malaysia (RM3OO,000,000.0O), dan terdiri daripada RM183,573,737 untuk Capital Expenditure dan RM1 16,426,263 untuk Operating Expenditure. Tempoh Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama ini, ialah tiga (3) tahun mulai dari tarikh tandatangan Perjanjian antara Kerajaan degan Telekom Smart School Sdn. Bhd.

4.4       Teori dan model Sekolah Bestari
Bagi memahami ciri-ciri pelajar, Sekolah Bestari mengaplikasikan pelbagai pendekatan pembelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Model utama gaya pembelajaran pelajar ialah Model Dunn dan Dunn dan Model VAK iaitu kecerdasan pelbagai pelajar dan kompetensi kecerdasan emosi pelajar. Model Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus berikut:
1) Alam sekitar: Bunyi, Cahaya, Suhu, Pola (contoh: susunan kelas)
2) Emosi: Motivasi, ketabahan (jangka masa belajar), tanggungjawab (dengan atau tanpa bimbingan guru), struktur (contoh: suka ikut jadual waktu).
3) Sosiologi: sendiri, pasangan, rakan sebaya, pasukan, guru, pelbagai cara.
4) Fizikal: Persepsi (belajar melalui pengalaman/benda maujud), makan, waktu, gerakan.
5) Psikologi: global atau analitik (menyeluruh/ikut urutan), otak kiri/kanan (kanan- suka belajar secara keseluruhan, mencipta), Impulsif atau reflektif (impulsive- bertindak secara spontan, reflektif- berfikir sebelum bertindak)
Secara ringkas, Model VAK adalah seperti berikut;
1) Visual: belajar lebih baik dengan melihat sesuatu.
2) Audio:  belajar lebih baik dengan mendengar.
3) Kinestetik: belajar lebih baik melalui pengalaman dan penglibatan secara fizikal/ hands-on.
Di antara pendekatan-pendekatan pembelajaran yang sesuai diguna bagi memastikan perkembangan kemahiran generik pelajar yang diaplikasikan dalam pembelajaran sekolah Bestari ialah:
Ø  Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centred Learning)
Ø  Pembelajaran Bersifat Individu (Individualized Learning):
Ø  Pembelajaran Masteri (Mastery Learning)
Ø  Pembelajaran Kadar Kendiri (Self-paced Learning)
Ø  Pembelajaran Akses Kendiri (Self-access Learning)
Ø  Pembelajaran Terarah Kendiri (Self-directed Learning)
Ø  Pembelajaran Berfikrah (Thoughtful Learning)
Ø  Pembelajaran Berbantukan Teknologi (Technology aided learning)
Ø  Pembelajaran Berasaskan Otak (Brain-based Learning)
Ø  Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)

Selain itu Sekolah Bestari yang mementingkan pembangunan dan perkembangan menyeluruh pelajar memilih model Kecerdasasan Pelbagai daripada Howard Gardner (1983). Menurut beliau manusia mempunyai pelbagai kecerdasan seperti berikut;
o   Verbal Linguistik – berkaitan dengan penggunaan + penguasaan bahasa
o   Logik Matematik – berkaitan dengan pengiraan/penaakulan
o   Visual-ruang       -  berkaitan dengan ruang + visualisasi
o   Kinestetik            - berkaitan dengan pergerakan badan
o   Muzik                  - berkaitan dengan ritma dan melodi
o   Interpersonal       - berkaitan dengan interaksi dan hubungan dengan orang  lain
o   Intrapersonal       - berkaitan dengan memahami diri secara lebih dalam  dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan diri  sendiri.
o   Naturalis             - berkaitan dengan kebolehan menggunakan bahan alam semula jadi untuk  mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

Bagi mengenalpasti kecerdasan pelbagai pelajar Sekolah Bestari, guru-guru Sekolah Bestari menilai pelajar berdasarkan pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar, aktiviti murid semasa lapang, laporan prestasi murid, profil Kecerdasan Murid dan juga soal selidik/ Checklist (Multiple Intelligence Checklist for Adults-    MICA). Selain pendekatan-pendekatan tersebut, terdapat strategi-strategi pengajaran pembelajaran yang sesuai digunakan untuk memastikan perkembangan kemahiran generik pelajar yang diaplikasikan di sekolah bestari seperti directive, pemerhatian, Mediatif, Generatif, Koperatif dan Kolaboratif, Konteks Luar, Metakognitif, Kontekstual dan kajian masa depan.
Penilaian dan pentaksiran Sekolah Bestari adalah secara rujukan kriteria, penilaian secara “on-line”, autentik atau  performance-based dan  fleksibel. Pentaksiran di Sekolah Bestari lebih berbentuk tidak formal, berterusan dan berfungsi sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Fokusnya ialah untuk mendapat maklumat berkaitan dengan perkembangan pelajar untuk memudahkan tindakan susulan
Pelbagai alat pentaksiran dan bentuk soalan berdasarkan tujuan pentaksiran dan objektif matapelajaran diutamakan. Prestasi pelajar dilaporkan menerusi kriteria yang menerangkan tahap pencapaian pelajar. Tumpuan pentaksiran ialah perkara atau elemen yang ingin dibentuk dalam diri pelajar menerusi hasrat dan kandungan kurikulum.


Terdapat beberapa perbezaan penilaian sekarang dengan penilaian bestari seperti berikut:
Sekarang
Bestari

Berfokuskan pencapaian

Holistik

Berasaskan subjek

Berasaskan elemen

Merujuk norma

Merujuk criteria

Berpusatkan system

Berpusatkan pelajar

Berpusat

Pelbagai bentuk

Terminal

Berterusan

Tertumpu Ujian

Panca Instrumen

Off-line

On-line

4.5       Sekolah Bestari Meningkatkan Kualiti Pendidikan
Setelah melihat latar belakang, objektif penubuhan dan teori-teori yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekolah Bestari, dapat diketahui bahawa Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru.
Daripada penerangan di atas difahami bahawa program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

5.         Pemberian Taraf Pusat Tanggungjawab (PTj) kepada sekolah-sekolah
Pengurusan kewangan yang cekap adalah perlu bagi sekolah supaya peruntukan yang diberikan kerajaan dapat diurus dengan baik dan tidak berlaku penyelewengan dan kesilapan yang diselenggarakan. Oleh yang demikian, di sekolah, Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengurusan wang yang diterima. Pengetua juga harus bijak membuat perancangan anggaran belanjawan, mentadbir kewangan dan kemudahan yang ada di sekolah.

5.1       Latar Belakang         
Sebelum diberi taraf PTj, pengurusan kewangan sekolah banyak bergantung pada Jabatan Pendidikan Negeri yang mana segala urusan seperti pembayaran gaji, tuntutan perjalanan guru, keselamatan dan hal-hal pentadbiran lainnya diuruskan oleh Jabatan Pendidikan negeri. Sekolah menghantar anggaran belanjawan pada setiap tahun bagi mendapatkan peruntukan. Aspek perancangan tidak ditekankan. Tetapi pemberian taraf PTj kepada sekolah banyak membantu meningkatkan kualiti pengurusan kewangan sekolah serta menambahkan kecekapan Pengetua dan pihak pentadbir dalam mengurus dan merancang pembangunan sekolah.
5.2       Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah sebelum dan selepas  PTj
Terdapat beberapa perbezaan dari aspek tatacara pengurusan dan perakaunan bagi sekolah yang bukan bertaraf PTj dengan sekolah yang bertaraf PTj. Apabila dilantik sebagai PTj, Pengetua sekolah perlu menjalani kursus berkaitan dengan perkara-perkara yang perlu dilakukan sebagai Ketua Jabatan PTj. Ini bagi melengkapkan Pengetua dan kumpulan pentadbirnya dengan perkara-perkara bar ang pelu dihadap apabila sekolah ditukar taraf menjadi sekolah PTj. Sebaai contoh, penyelenggaraan buku VOT yang mana ia tidak dilakukan sebelum ini.
            Sebagai sebuah PTj, sekolah perlu menyediakan belanjawan terperinci yang merangkumi perbelanjaan sekolah seperti gaji, elaun, tuntutan gur, sewa, keselamatan dan kebersihan bagi tempoh setahun. Ini kerana peruntukan yang disalurkan adalah berdasarkan apa yang dibelanjakan dan penerimaan waran peruntukan hanya sekali dalam setahun sahaja. Namun begitu, belanjawan dinilai setiapenam bulan sekali dan apabila berlaku kekurangan dalam peruntukan, pihak sekolah dapat memohon dari Kementerian pendidikan di bawah unit Pembangunan.
            Kelulusan bergantung kepada kewangan Kementerian. Setiap permohonan peruntukan tambahan, Pengetua perlu membuat kertas kerja secara terperinci bagi tujuan itu. Sebelum sekolah diberikan taraf PTj, Pengetua perlu membuat anggaran belanjawan dan dihantar terus kepada Jabatan bagi tujuan mendapatkan peruntukan. Belanjawan yang dibuat juga tidak terperinci. Sebagai contoh, dalam urusan pembayaran gaji guru ganti, pihak sekolah perlu menghubungi jabatan bagi mengetahui jumlah guru yang layak diganti bagi tahun berikutnya. Belanjawan dibuat berdasarkan jumlah guru ini. Apabila terdapat guru ganti, sekolah perlu melihat kepada kelulusan Jabatan kerana ia tidak termasuk dalam belanjawan yang dihantar.
            Urusan pembayaran gaji, tuntutan guru, elaun, penyelenggaraan dan keselamatan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan. Sebarang tambahan peruntukan tidak memerlukan kertas kerja. Sekolah hanya perlu menulis surat kepada Jabatan memohon peruntukan tambahan. Secara keselutruhannya, apabila sekolah diberi taraf PTj, tugas-tugas pengurusan menjadi lebih teliti kerana sebarang kesilapan dalam belanjawan menyebabkan peruntukan yang diterima oleh sekolah tidak mencukupi bagi tahun itu.     
            Selain dari belanjawan, Pengetua perlu memahami beberapa perkara yang berkaitan dengan tatacara perakaunan yang perlu dipatuhi oleh sebuah PTj. Pengetua perlu mematuhi dan faham dengan Arahan Perbendaharaan (AP) dan juga undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
            Sebelum sekolah dilantik sebagai PTj, pembayaran gaji adalah melalui system gaji berkomputer dan dipertanggungjawabkan di bawah peruntukan Jabatan Pendidikan. Namun apabila dilantik sebagai PTj, sekolah bertanggungjawab memastikan penyelenggaraan gaji dan KWSP pekerja serta lain-lain potongan yang dibuat secara sistematik dan dicaj kepada kod emolument (AP36a).          Keseluruhan fail dan dokumen yang berkaitan PTj diselenggarakan oleh Keta Kerani dengan dibant pembantu Tadbir Perkhidmatan. Deligasi tugas ini memudahkan kawalan dalaman dan memudahkan urusan penyelenggaraan selain bebanan tugas dapat dikurangan.
            Sebelum sekolah mendapat taraf PTj, penerimaan adalah dalam bentuk bantuan perkapita manakala pungutan adalah seperti yuran sekolah, sewa kantin, MSSS dan sebagainya yang diselenggarakan melalui buku tunai sekolah. Apabila sekolah mendapat taraf PTj,  penerimaan  sekolah masih dalam bentuk bantuan per kapita ditambah peruntukan melalui waran yang diberi oleh Kementerian bagi maksud pembayaran gaji, keselamatan, penyelenggaraan dan tuntutan guru. Manakala pungutan masih lagi daripada yuran sekolah, sewa kantin, MSS dan bantuan dari PIBG.
            Pembelian seperti alatan pejabat, bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan wang SUWA dan wang kerajaan. Pembayaran gaji, keselamatan dan penyelenggaran berada di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan. Manakala bagi penerimaan waran peruntukan, tiada pembelian data dilakukan melalui waran ini kerana peruntukan boleh digunakan bagi tujuan tertentu sahaja seperti pembayaran gaji, pembaikan tandas, pemasangan jeriji dan penyelenggaraan-penyelenggaraan lain. Pembelian alatan pejabat dan buku pengajaran masih perlu menggunakan peruntukan wang SUWA dan wang kerajaan. Bagi maksud pembayaran pembelian, kerani Kewangan sekolah mengeluarkan cek dengan ditandatangani oleh dua orang iaitu Pengetua dan Penolong Kanan. Sebarang pembayaran yang melibatkan waran peruntukan perlu dibuat menggunakan 304A manakala bagi perbelanjaan peralatan sekolah, Kerani kewangan masih lagi mengeluarkan cek.
 5.3      Pemberian Taraf PTj Meningkatkan Kualiti Pendidikan

Setelah sekolah mendapat taraf PTj, beberapa aspek pengurusan kewangan telah berubah. Bagi sekolah yang telah mendapat taraf PTj, aspek peranvcangan ditekankan dimana pada setiap akhir tahun sekolah perlu membuat anggaran belanjawan secara terperinci dan terancang bagi mendapatkan peruntukan tahun berikutnya supaya tidak berlakunya masalah seperti Akaun Belum bayar yang melibatkan AP56. Belanjawan yang baik memastikan peruntukan yang dterima mencukupi. Sekolah yang telah mendapat taraf PTj juga mudah membuat sebarang tuntutan dan urusan yang berkaitan dengan lebih cepat dan senang berbanding sebelumnya kerana sekolah tidak perlu melalui Jabatan Pendidikan yang mengambil masa yang lama bagi kelulusan dan pengeluaran baucer ataupun cek bagi pembayaran.

Sebagai PTj, selalunya sekolah akan berurusan terus dengan Kementerian apabila terdapat sebarang tuntutan. Manakala apabila sekolah mendapat taraf PTj, permohonan peruntukan masih melalui Jabatan Pendidikan tetapi apabila sekolah mendapat peruntukan, ia perlu diuruskan dengan pihak Kementerian Pendidikan.  Oleh itu, pengurusan menjadi lebih cepat dan mudah kerana pihak sekolah berurusan secara terus dengan pihak kementerian bagi tujuan pembayaran tanpa melalui Jabatan terlebih dahulu. Penyelenggaraan dilakukan melalui buku VOT.

Perlantikan sekolah sebagai PTj kecil memberi kebaikan kepada pengurusan kewangan sekolah. Sebelum ini, aspek perancangan tidak dititik beratkan dalam pengurusan kewangan sekolah. Kini aspek itu menjadi salah satu perkara yang penting dalam pengurusan kewangan. Belanjawan sekolah pula perlu dirancang dengan penuh teliti. Ini secara tidak angsung menunjukkan bakat dan keupayaan dalam mengurus kewangan sekolah. Ini kerana bagi sekolah yang bertaraf PTj kecil, penurunan kuasa hanya bagi perkara-perkara tertentu sahaja seperti dalam urusan pembayaran gaji pekerja dan hal-hal yang berkaitan. Jika terdapat perubahan pun, ia hanya dalam jumlah yang kecil sahaja.
Walau bagaimana pun, status PTj menjadi istimewa kepada sekolah yang menerimanya apabila penurunan kuasa dilakukan secara sepenuhnya atau pun Pengetua diberi kebebasan dalam berbelanja.  Dengan cara ini pengetua selaku pentadbir kewangan sekolah dapat menggunakan kemahiran yang ada dalam menguruskan wang. Selain dari itu ia juga menunjukkan kepakaran dan bakat Pengetua dalam merancang demi pembangunan sekolah kerana Pengetua selaku pentadbir tahu apa yang diperlukan oleh sekolah. 

5.4       Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, perlantikan sekolah harian sebagai PTj memberikan ruang kepada pegetua berbelanja dan menguruskan sekolah secara berkesan. Selain dari itu, pemberian taraf PTj ini juga mampu menyediakan pengetua kearah pengurusan berasaskan sekolah.












Bibliografi

Cheng Yin Cheong & Cheung Wing Ming. 1997. Multi Models of Education Quality and Multi-Levels of Self Management in Schools, Education Management & Administration, Sage Publications, London
KPM. Rancangan Malaysia ke Enam 1991-1995. Kuala Lumpur. Percetakan negara
KPM. 2004. Garis Panduan Pelaksanaan Skim Baucar Tuisyen (SBT). Affluent Master Sdn. Bhd.
KPM. 2004. TIMSS 2003 Trends in International Mathematics and Science Study – 2003.  Kementerian Pelajaran Malaysia. Cetakan Pertama.
KPM. 2005. Pendidikan Di Malaysia “Memartabatkan Kecemerlangan Pendidikan          Negara”. Kementerian Pelajaran Malaysia
Mohd Salleh Lebar. 2000. Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan di Malaysia, Longman Publication, Kuala Lumpur
Shari @ Charil Marzuki .2008. Dasar Kewangan Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur                                                                                       


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...